Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Ada Sesuatu Arwah Cuba Sampaikan..” – Shuib Kongsi Nyanyian Terakhir Arwah Siti Sarah

nyanyian terakhir siti sarah

Sudah beberapa hari berlalu, namun masih terasa kesedihan yang menyelubungi pemergian allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Advertisement

Sepertinya, suami, Shuib Sepahtu juga tidak dapat membendung rasa rindu terhadap ‘bidadari syurga’nya itu. Menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube baru-baru ini, lelaki itu berkongsi nyanyian terakhir arwah bersama semua.

Tampil bertelekung putih, arwah menyanyikan lagu bertajuk ‘Tanpa Kekasihku’ yang pada asalnya dinyanyikan oleh Agnes Monica dengan penuh beremosi.

Semakin sayu apabila membaca luahan pelawak itu menerusi ruangan komen video berkenaan. Mahu menyimpannya sebagai kenangan, Shuib mengatakan nyanyian allahyarham kedengaran berbeza seperti dia ingin menyampaikan sesuatu yang tersirat.

Advertisement

Saya merasakan satu perasaan yang sangat-sangat lain cara pandangannya, cara nyanyiannya, cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat-sangat Istimewa. Bila di amati bait lirik, ternyata ada sesuatu arwah cuba sampaikan… InsyaAllah arwah kini tenang di syurga.

shuib sepahtu siti sarah

Memuat naik video berkenaan sekitar jam 2 pagi pada Jumaat, video berkenaan sudah pun mencapai sebanyak 227,000 tontonan setakat ini selain menerima 41,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak selain mendoakan agar Shuib kuat menerima ujian ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top