“Ada Rezeki Lebih”- Pemuda Sedekah Haiwan Jalanan Harap Orang Buang ‘Mindset’ Anjing Binatang Ganas

Kehidupan

“Ada Rezeki Lebih”- Pemuda Sedekah Haiwan Jalanan Harap Orang Buang ‘Mindset’ Anjing Binatang Ganas

Walaupun diharamkan dalam Islam untuk memegang anjing dan babi, itu bukanlah sebab untuk kita sebagai muslim untuk membenci binatang tersebut.

Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda apabila dia bertindak membelikan makanan yang sedap untuk anjing-anjing jalanan.

Advertisement

Memetik laporan mStar, pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Faiz Basirun memberitahu bahawa dia membeli tiga kotak piza daging ayam untuk kira-kira 18 ekor anjing jalanan.

Selain itu, Faiz menjelaskan sebab dia bertindak sedemikian kerana menurutnya anjing juga makhluk ciptaan Tuhan dan orang selalunya menghalau anjing terbiar kerana mempunyai ‘mindset’ bahawa anjing adalah haiwan yang ganas.

Faiz juga menyatakan sebab lain dia memberi anjing terbiar makan juga adalah kerana mempunyai rezeki lebih termasuk sesetengah sumbangan orang ramai.

Faiz yang bercita-cita untuk menjadi pembaca berita juga pernah menerima sumbangan daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga pencinta haiwan selepas mengetahui cerita berkenaan Faiz bersedekah makanan kepada haiwan terbiar.

Doktor veterinar
3 years ago

Didakwa Dapat Duit ‘Haram’ Kerana Pegang Anjing, Doktor Veterinar Ini Beri Penjelasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...