Ada Perancangan Untuk Berkahwin, Tapi Masih Belum Tetapkan Tarikh – Nelydia Senrose

Hiburan

Ada Perancangan Untuk Berkahwin, Tapi Masih Belum Tetapkan Tarikh – Nelydia Senrose

Gara-gara memuat naik status tentang perhubungan di laman sosial, ramai yang sangka Nelydia Senrose dan Qi Razali sudah putus cinta. Namun, mereka telah menafikan perkara tersebut dan hubungan mereka masih lagi utuh sehingga kini.

Advertisement

Walaubagaimanapun,Nelydia akui setiap hubungan akan ada pasang surutnya dan tidak pernah menyalahkan orang ramai yang mencetuskan spekulasi kerana sedar ia sebahagian hidup sebagai seorang artis.

Saya tidak menyalahkan orang ramai apabila mereka membuat spekulasi dan berfikir yang kami sudah putus. Saya faham kerana sebagai orang dikenali, semua orang hendak ambil tahu apa yang terjadi. Apabila saya memuat naik status yang janggal, orang mula membuat spekulasi dan pelbagai andaian.

Tidak saya nafikan dalam perhubungan ada pasang surutnya, bergaduh dengan kekasih adalah perkara biasa, tetapi tidaklah sampai putus hubungan.

Mengenai perancangan mereka untuk berkahwin, Nelydia mengakui telah melakukan perbincangan bersama Qi berhubung perkara tesebut. Walaubagaimanapun, mereka masih belummenetapkan sebarang tarikh untuk melangsungkan pernikahan.

Nelydia yang jauh lebih muda daripada Qi memberitahu masih banyak perkara yang beliau ingin lakukan dalam hidupnya.

Semua pasangan kekasih tentunya mahu berkahwin, begitu juga dengan kami. Saya dan Qi memang ada berbincang mengenai perkahwinan, namun belum sampai ke tahap menetapkan tarikh nikah dan bersanding. Saya masih muda dan banyak perkara yang perlu saya lakukan. Syukur Qi juga memahami dan tidak pernah memaksa untuk segera berkahwin.

Bila bercinta kalau tak gaduh tu memang tidak sah, tapi ia sebenarnya buat kita faham dengan lebih mendalam perangai sebenar pasangan kita tu. Soal kahwin pula, biarlah Nelydia betul-betul bersedia kerana beliau pun masih muda bukan? Tentu ada lagi impian beliau belum tercapai.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...