“Ada Pasangan Untuk Saya Kongsi Apa Sahaja..” – Angeline Tan Kini Semakin Bahagia & Tenang, Sabri Yunus Penyeri Hidup

Hiburan

“Ada Pasangan Untuk Saya Kongsi Apa Sahaja..” – Angeline Tan Kini Semakin Bahagia & Tenang, Sabri Yunus Penyeri Hidup

Sejak kebelakangan ini, isu tentang kemelut rumah tangga selebriti sering menjadi perhatian rakyat Malaysia. Namun, disebalik itu ada juga yang merasakan keindahan rumah tangga lagi-lagi mereka yang masih baru bergelar suami isteri. Itulah yang dirasakan oleh pasangan pelakon, Sabri Yunus dan Angeline Tan yang berkongsi kebahagiaan mereka.

Hidup sempurna dengan suami

Ketika ditemu bual oleh Majalah Wanita, Angeline Tan mengakui kini hidupnya lebih sempurna dengan kehadiran suaminya. Pelakon ini turut menyifatkan rumah tangganya lebih lengkap dan stabil apabila ada peneman yang sentiasa bersama dikala susah dan senang.

Advertisement

Sekarang ada pasangan jadi ada seseorang yang jujur dan ikhlas untuk saya kongsi apa sahaja suka atau duka. Itulah yang membuatkan saya lebih tenang.

 

Saya rasa lebih lengkap dan kehidupan saya lebih stabil serta sempurna sekarang.

 

Walaupun kadang kala mood saya berubah-ubah, sekurang-kurangnya ada suami yang tolong saya untuk saya balance semula. Saya rasa bersyukur.

@majalahwanita  #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #angeline ♬ original sound – Majalah Wanita

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)

Tambahan pula, Angeline juga turut bersyukur dengan kehadiran Sabri yang ada untuk memastikan dirinya sentiasa berada dalam kondisi yang baik meskipun mempunyai sebarang masalah.

Sekadar info, Angeline dan Sabri telah sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup di Perlis pada 14 Oktober tahun lalu,

Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof sebelum Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser. Hasil perkahwinan tersebut, Sabri dikurniakan tiga cahaya mata.

Selain itu, Angeline juga pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan dua orang anak.

sabri yunus angeline tan
4 months ago

(VIDEO) "Air Matamu, Air Mataku Jua.." - Sabri Yunus Kongsi Video Angeline Tan Menangis Depan Kaabah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...