Video seorang lelaki dilihat menengking tiga individu di tempat parking sebuah apartmen mendapat perhatian warganet selepas ia tular di aplikasi TikTok.
Rakaman itu dimuat naik sendiri oleh tuan empunya badan, Mustafa Khan di akaun TikTok dan Instagram sebelum ia tersebar di Facebook.
Menerusi video tersebut, Mustafa dilihat memarahi tiga pemuda yang didakwa merupakan orang suruhan ah long untuk mengutip hutang.
Katanya, dia tidak suka cara mereka meminta wang daripada si peminjam pada waktu malam ketika mereka berada di rumah dan sedang meluangkan masa bersama keluarga.
Apatah lagi, cara mereka ini yang selamba melanggar undang-undang dan terus menyerbu rumah tanpa kebenaran atau laporan.
Siapa bagi you pergi dia punya rumah? Siapa bagi you kebenaran? Sebelum you mari dia punya rumah, you ada buat report polis tak? You ada otak ke tak ada otak?”
Ramai warganet terpukau dan kagum dengan keberanian Mustafa memarahi orang suruhan ah long itu sehingga mereka bertiga terdiam kaku.
Sesetengah netizen berkata semua pemuda itu nampak ‘skema’ dan langsung tidak seperti ah long atau gangster dalam filem.
“Power bro, dorang ingat dorang ahlong dorang besar”, kata seorang netizen di Instagram.
Mustafa juga sempat bagitahu mereka bagaimana cara yang benar untuk mengutip hutang kepada si peminjam, bukan dengan menerjah mereka di rumah begitu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.