“Ada Orang Kata Kami Lapar Kedarah” – Lebih 4 Juta ‘Views’, Netizen Menangis Tengok Video Adik Akid

Trending

“Ada Orang Kata Kami Lapar Kedarah” – Lebih 4 Juta ‘Views’, Netizen Menangis Tengok Video Adik Akid

Tular sebuah video di TikTok sejak semalam menunjukkan keadaan rumah usang didiami sebuah keluarga di Kelantan.

Video dimuat naik oleh akaun badan bukan kerajaan (NGO) MyFundAction itu menunjukkan keadaan rumah tersebut di bahagian dalam dengan lebih terperinci.

Advertisement

Rumah itu terlihat sangat daif dengan beberapa bahagian tidak berbumbung atau dinding yang sempurna.

Anak kepada pasangan yang tinggal di rumah itu berada di rumah ketika kunjungan tersebut dan telah menceritakan serba sedikit kehidupan mereka sekeluarga.

Menurut adik Akid, dia sendiri juga perlu melakukan kerja-kerja di kampung untuk mendapat duit bagi membeli makanan seperti tepung dan bawang.

Ketika ditanya kerja apa yang dilakukan, Akid berkata dia akan vakum serta mencuci tandas dan kawasan surau. Selepas melakukan kerja itu, dia akan diberikan RM6.

Ramai netizen berasa sedih selepas mendapat tahu apa yang dilalui adik Akid serta keluarga. Apatah lagi dia mendedahkan bahawa ada pihak yang menuduh mereka meminta-minta.

Ada orang kata kat kami lapar kedarah (meminta). Ambil duit orang. Akid tak ambil pun. Orang benci, tah tahu kenapa orang benci.”

Menurut MyFundAction, pihak mereka sedang dalam usaha untuk mengumpul dana untuk membantu membina rumah baru buat keluarga itu.

@myfundaction

Cuba tengok toilet dorang ? #fyp

? suara asli – semangat yuk

qaseh
3 years ago

(VIDEO) "Malu Kawan Tengok.." - Anak Enggan Bawa Duit Syiling Ke Sekolah Buat Ibu Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...