“Ada Jual Kat TikTok Tak” – 55 Kali Tak Gagal Buat Kejutan Untuk Isteri, Netizen Mahu Suami Seperti Hafiz Mahamad

Kehidupan

“Ada Jual Kat TikTok Tak” – 55 Kali Tak Gagal Buat Kejutan Untuk Isteri, Netizen Mahu Suami Seperti Hafiz Mahamad

Siapa saja yang tidak kenal dengan pempegaruh dikenali ramai iaitu Hafiz Mahamad yang mempunyai hati yang baik serta pemurah kepada yang memerlukan.

Bukan saja pemurah, malah setiap kali hari kelahiran isteri Syafiqah Aina tiba, dia tidak akan lupa untuk membuat kejutan buat ibu kepada dua orang cahaya matanya itu.

Advertisement

Terbaru, Hafiz ada memuat naik video beberapa saat memaparkan isterinya sedang menangis sambil bermain telefon di atas sofa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Biarpun tidak memberitahu suprise apakah yang dibuat olehnya untuk hari ulang tahun kelahiran Aina pada tahun ini, ramai membuat andaian bahawa pasangan tersebut bakal menunaikan ibadah Haji.

Susulan tidak pernah lupa membuat kejutan untuk isteri, netizen juga rasa tersentuh melihat Aina menitiskan air mata gembira dengan kejutan yang diberikan.

komen netizen

komen netizen

Bukan itu saja, ada juga beberapa netizen berseloroh bertanya sama ada lelaki seperti Hafiz ada dijual di mana-mana platform pembelian atas talian kerana terlalu baik serta romantik.

hafiz mahamad
1 year ago

Menang Besar Di GMWA! Influencer Hafiz Mahamad Bagi 70 Staf Bonus Sebulan Gaji Dan Cuti Sehari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...