Shermine Hau, bekas isteri pempegaruh media sosial, View Chin memberi ‘amaran’ kepada usahawan dan juga influencer popular agar berwaspada serta jaga perangai masing-masing.
Menerusi hantaran di Instagram itu, Shermine yang mesra dipanggil Ah Moi itu berkata ia adalah untuk mengelak daripada ‘disondol’ mana-mana individu yang berkenan terhadap mereka kerana ‘berduit’.
Usahawan dan ‘influencer’ (pempengaruh) yang ‘famous’ (terkenal) di luar sekarang, jaga-jaga perangai ‘korang’. Ada duit ada penyondol saja.”
Kata Ah Moi lagi, tindakannya menularkan tentang bekas suaminya itu mungkin dianggap ‘gila’ oleh ramai lelaki namun ia adalah demi anak-anaknya juga.
Terdahulu, pekerja wanita yang mempunyai hubungan dengan View Chin, Mira akhirnya tampil bersuara dan memuat naik kenyataannya di Instagram.
Mira telah membuat permohonan maaf kepada Ah Moi dan anaknya namun menegaskan bahawa hubungannya dengan View terjalin selepas lelaki itu bercerai.