Namun, kami di Beautifulnara.com ingin memohon maaf kerana berita tersebut tidak benar dan Acapan sendiri telah menafikannya.
Menerusi portal mStar Online, Acapan akui beliau sedang mendalami agama Islam tetapi belum bersedia untuk bergelar seorang Muslim.
Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.
Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam.
Jelas Acapan, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi, Petaling Jaya. Â Acapan dijemput oleh salah seorang kawannya yang ingin memperkenal beliau dengan seorang ahli ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.
Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad). Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama.
Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul. Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini.
Harapnya dengan penjelasan Acapan ini,ia dapat menjernihkan kembali situasi dan tidak mengelirukan ramai pihak. Kami tahu ramai yang teruja dan seronok apabila mendengar ada saudara baharu didalam Islam tetapi doakan sahaja satu hari nanti Acapan dibuka pintu hatinya untuk memeluk Islam.