Kalau korang perasan, ‘pattern‘ kebanyakan founder kosmetik, produk kecantikan atau ‘ubat kurus’ ini sama sahaja – tayang kehidupan mewah, rumah besar dan banyak kereta mahal. Betul tak?
Namun, siapa sangka di sebalik kejayaan yang mereka show off dan banggakan itu ternyata rupa-rupanya ada cerita yang lain di belakang tabir.
Seorang wanita yang mengakui bekas founder mendedahkan taktik dan bagaimana golongan founder ini semua mampu capai jualan sehingga enam angka dalam tempoh yang singkat.
Terjebak dengan geng founder pantai Timur
Menerusi Facebook, Emma Harshaw FX mendakwa dia pernah terjebak dengan geng founder berasal dari pantai Timur untuk memulakan perniagaan.
Kalau anda pernah tengok satu video pengasas-pengasas berkumpul OOTD dalam sebuah rumah, itulah kumpulan yang sama maksudkan.”
Bukan itu sahaja, dakwa Emma lagi banyak produk artis dan beberapa jutawan yang dikenali di media sosial rupa-rupanya menggunakan khidmat kilang OEM.
Dia juga turut berkongsi tentang hal hal pembekal dan kos-kos yang perlu ditanggung ketika dia mahu mulakan bisnes produk krim muka.
Kena sewa rumah dan kereta mewah
Tambahnya, kos keseluruhan yang perlu dibayar adalah hampir RM50,000 sehingga dia terpaksa membuat pinjaman namun bukan hanya untuk kos ‘marketing tetapi juga perlu membayar sewa rumah dan kereta mewah untuk ditayangkan.
Geng founder ini juga dikatakan berkongsi database agen yang sign up untuk mereka namun Emma dikenakan bayaran untuk itu.
Perkongsian Emma tentang topik pemasaran dan sewaan rumah serta kereta ini paling mengejutkan kerana ternyata ia bukanlah seperti yang disangka.
Bukan itu sahaja, dia turut senaraikan beberapa penipuan yang dibuatnya (dan juga geng founder pantai Timur) untuk menjadi jutawan ekspres.
Menurut Emma, pendedahannya sudah dibuat beberapa kali dan dia juga pernah disuruh untuk padam posting atau jika tidak akan berdepan dengan saman.