Abby Abadi Tak Faham – Dr. Asri

Hiburan

Abby Abadi Tak Faham – Dr. Asri

Metro Ahad semalam berjaya mendapatkan ulasan panjang daripada bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri berkaitan tindakan Abby Abadi yang mempertikaikan persoalan hudud yang dikeluarkan olehnya menerusi Twitter baru-baru ini. Dr. Asri menyifatkan tindakan Abby Abadi mengkritiknya berhubung soal agama dalam Twitter sebagai kebudak-kebudakan selain tidak memahami secara mendalam maksud komennya itu.

asri abby abadi

Advertisement

Berikut ialah kata-kata Dr. Asri yang disiarkan menerusi Metro Ahad:-

Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan. Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama? Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya.

abby abadi
Sementara itu Abby Abadi turut dihubungi oleh pihak Metro Ahad untuk menjelaskan apa yang ditulisnya menerusi laman sosial Twitter itu. Kata Abby:-

Tidak payah cakap soal hudud tetapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia. Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya. Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal.

Abang Nara rasa, Dr. Asri dan Abby Abadi patut berjumpa dan berbincang untuk membincangkan apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh diri masing-masing. Biasalah kalau pendapat menerusi dunia online ini memang sukar sedikit difahami. Lebih-lebih lagi kalau menerusi Twitter yang menghadkan kepada 140 aksara. Pasti apa yang cuba disampaikan sukar untuk difahami oleh semua pihak. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

299 Comments

  1. Anonymous

    September 14, 2012 at 11:40 pm

    org memang senang & suka kritik org lain. pemain bola piala dunia pun dia kritik walhal diri sendiri main bola standard rumah merah jer. belajar utk perbetulkan dr mencari kesalahan org lain… kpd yg hentam + kutuk, hentikanlah guna bahasa yg x elok….

  2. Anonymous

    September 13, 2012 at 9:43 pm

    Wahai umat Islam sekalian,

    Jagalah peradabanmu ketika berbicara terutama yang memberi komen pada issue ini. Walaupun kita tahu siapa yang bersalah didalam hal ini, janganlah kita bertindak dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada seseorang. :)

    • rosmah

      October 27, 2012 at 10:30 pm

      mudah2an nasihat yg baik akan memberi faedah dan manufaat. insallah

  3. Hambamu

    September 12, 2012 at 10:26 pm

    Abby sbnrnye perlukan perhatian, die nak org respect kat die sbb dah berubah penampilan, bkn senang proses tu kalau nak tau, drpd artis kpd golongan yg ambil berat pasal halal dan haram, pastu pernah kecewa tp masih tabah dan kuat kononnya. So, tlg2 le puji ckit especially media sbb itu yg die nak sbnrnye.. Utk pengetahuan Abby, semua org islam tau perkara halal dan haram. Apetah lagi golongan yg mendalami ilmu seperti para ulamak, jelas? Seeloknya Abby belajar baca Al Quran dulu buat masa ni, lepas tu dalami isi kandungannye, sume makan masa Dan xsemudah itu menguasai kalau xkuat. Nabi dulu pun bertahun2 berdakwah nak bg sahabat2 Dan masyarakat paham isi Al Quran. Itu level baginda, tapi hambamu biasa ni? Jelas?

  4. Lynda2905

    September 12, 2012 at 1:40 am

    Astaghfirullahalazim,…
    Astaghfirullahalazim,…….
    Astaghfirullahalazim,…………..,
    MENGUCAP banyak2 wahai Abby ko da terlalu jauh terpesong, Nampak sngt yg ko ni Ego tpi x berilmu… begini la akibatnya klu rohani kosong, mudah2an ALLAH akn membuka pintu hatimu dan bertaubat minta maaf dgn semua hamba ALLAH yg tlh ko sakiti hatinya….

    • Lemonking

      September 12, 2012 at 1:48 am

      AGAKNYA ABBY DAH JADI BENGONG, SOMBONG DAN BODOH SBB PADANG PASIRNYA DAH LAMA XKENA TWEET3X KOT,MAAFKAN LAH DIA,.. HUHUHU !!!! moga norman dan memey bertambah bahagia dgn bakal baby yg xlama lgi menjenguk dunia ;-))

    • rosmah

      October 27, 2012 at 10:40 pm

      berilah nasihat yg baik2 dgn adap sopan yg baik kerana kita dari keturunan yang mempunyai adap sopan yg baik

  5. masri bin jafaar

    September 9, 2012 at 4:44 pm

    Tak tahulah ABBY ni belajar ilmu dengan Ayah pin atau Anuar Ibrahim kaki tibai belakang

Loading...