Abby Abadi Tak Faham – Dr. Asri

Hiburan

Abby Abadi Tak Faham – Dr. Asri

Metro Ahad semalam berjaya mendapatkan ulasan panjang daripada bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri berkaitan tindakan Abby Abadi yang mempertikaikan persoalan hudud yang dikeluarkan olehnya menerusi Twitter baru-baru ini. Dr. Asri menyifatkan tindakan Abby Abadi mengkritiknya berhubung soal agama dalam Twitter sebagai kebudak-kebudakan selain tidak memahami secara mendalam maksud komennya itu.

asri abby abadi

Advertisement

Berikut ialah kata-kata Dr. Asri yang disiarkan menerusi Metro Ahad:-

Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan. Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama? Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya.

abby abadi
Sementara itu Abby Abadi turut dihubungi oleh pihak Metro Ahad untuk menjelaskan apa yang ditulisnya menerusi laman sosial Twitter itu. Kata Abby:-

Tidak payah cakap soal hudud tetapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia. Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya. Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal.

Abang Nara rasa, Dr. Asri dan Abby Abadi patut berjumpa dan berbincang untuk membincangkan apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh diri masing-masing. Biasalah kalau pendapat menerusi dunia online ini memang sukar sedikit difahami. Lebih-lebih lagi kalau menerusi Twitter yang menghadkan kepada 140 aksara. Pasti apa yang cuba disampaikan sukar untuk difahami oleh semua pihak. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...