Abby Abadi Sahut Cabaran AC Mizal Untuk Berdebat

Hiburan

Abby Abadi Sahut Cabaran AC Mizal Untuk Berdebat

Game on!!! Nampaknya Abby Abadi telah pun menyahut cabaran AC Mizal yang mengajaknya berdebat baru-baru ini tentang isu PDRM. Sekarang ini kita hanya perlukan seorang moderator untuk memastikan perdebatan ini terkawal. Rasa-rasa siapa yang paling sesuai?

abby

Advertisement

Paling menarik Abby sempat bertanya kepada Dato’ AC Mizal sama ada dia sanggup menerima hakikatnya sekiranya Abby berjaya membuktikan kata-katanya itu bukan satu hinaan tetapi fakta. Setakat artikel ini ditulis, AC Mizal masih belum memberi reaksi tentang kesanggupan Abby untuk berdebat dengannya.

abby

Tambah menarik Abby menyatakan yang dirinya mempunyai bukti, saksi dan mangsa sekali untuk ditunjukkan kepada AC Mizal. Diharap perdebatan ini dapat dibuat di tempat terbuka agar orang ramai dapat menyaksikannya sekaligus membuat kesimpulan mereka masing-masing.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

301 Comments

  1. Y always Nara

    July 16, 2012 at 3:25 pm

    Saya Setuju dgn pendapat Saudara ini.

    Assalamulaikum Nara,
    Saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan secara ikhlas. Pandangan saya tidak untuk orang lain malah lebih kepada Blog Nara sendiri.
    Sebelum itu saya harap Nara terima pandangan saya dengan terbuka dan harapan saya pandangan dilihat sebagai pandangan individu.
    Saya menyelusuri blog Nara tidaklah dari awal. Menyingkap dan melayari blog Nara dan beberapa blog yang lain hanyalah sebagai wadah alternative untuk mendapat berita-berita hiburan alternative. Namun akhir-akhir ini saya dapati blog Nara ini selain didapati bias kepada mana-mana pihak, ianya juga seperti melaga-lagakan beberapa pihak terutama yang bertelagah. Tidak kurangnya juga, bila menyelusuri komen-komen yang dari pembaca-pembaca, ada juga yang menggunakan ayat-ayat yang tidak sihat malah menghina dan mencaci.
    Saya merasakan ini adalah tidak wajar dan selaku ‘tuan punya’ blog saya rasa Nara harus melihat perkara ini dengan lebih serious dan peka. Saya melahirkan kebimbangan ini takut-takut blog Nara menjadi tempat tebinanya dosa-dosa mencaci dan menginaya. Jika terlihat bibit-bibit mencaci, saya harus Nara berani menasihati supaya ianya diberhentikan. Saya melahiran kerisauan ini supaya Nara tidak terbabit dalam dosa-dosa ini.
    Jika benarlah mahu menjadi blog hiburan yang kreative haruslah berjiwa besar dan berfikiran lebih besar.
    Industri hiburan yang kecil ini perlukan perubahan minda bukan sahaja dari segi industri tiu sendiri malah cara penyampaian agar cerita-cerita yang dipaparkan tidaklah kosong tanpa ilmu selain wadah penyebar fitnah dan gosip-gosip liar.
    itu sahaja pandangan saya. Maaf jika pandangan ini tidak enak kerana yang buruk itu semua dari saya dan yang indah dari Allah swt.

    wasalam

  2. Pemerhati

    July 16, 2012 at 3:14 pm

    Masing masing punya hak utk sokong siapa. Itu adalah hak anda sebagai warganegara. Tapi jangan sampai sumpah seranah, benci membenci, berpecah belah hanya kerana POLITIK. Masing2 punya kekurangan, tiada manusia yg sempurna. Paling penting, sapa kita untuk tentukan org itu masuk syurga atau neraka??? Parti politik hanya wadah perjuangan, tapi AGAMA ISLAM ialah AD-Din. Jgn ketaksuban menyebabkan kita hilang identiti sebagai bangsa majoriti di Malaysia. Kalau anda betul2 seorang yg menyayangi Islam, adakah benci dan mencarut dan segala macam caci maki itu melambangkan anda seorang yang beriman???? Adakah perasaan marah itu adalah jugak sifat org beriman?? Org Beriman ialah org yang beramal dengan ILMU. ILMU itu adalah kebaikan di dunia dan akhirat. Mencaci, menuduh hanya akan mengurangkan Iman dan membuat syaitan tersenyum kerana sifat itu adalah Sifat SYAITAN!

  3. aku

    July 16, 2012 at 2:30 pm

    meroyan la abby ni.. konon br join dh sebok nk kecoh bagai menteri..ntah pape..publisiti murahan

  4. monalisa

    July 16, 2012 at 2:04 pm

    sy bukan islam…& tak paham ajaran dan tuntutan islam…tapi sy mmg tak suka dgn sikap pemimpin skrg ini…

  5. ada aku kes???

    July 16, 2012 at 11:59 am

    aku rasa dripada ko berdebat bagai; baik pergi mendalami ilmu agama…perbaiki diri, muhasabah diri daripada nak bertekak bertegang urat leher hijau kau tu……. jaga anak-anak dan cari rezeki yang halal untuk keluarga lagi bagus..politik ni tak kemana.. sapa2 yang memerintah sama je..sekarang memg berjanji bagai tapi kalau dah naik nanti, ada gak yang x puas hati…fitrah manusia memang tak akan pernah berpuas hati….ini pendapat akulah.. Wallahualam

Loading...