“Abang Uwais Je Ke Yang Tunggu Di Syurga? Baby Sebelum Tu Neraka?” – Shuhada Tidak Henti Diganggu ‘Haters’ Di IG

Hiburan

“Abang Uwais Je Ke Yang Tunggu Di Syurga? Baby Sebelum Tu Neraka?” – Shuhada Tidak Henti Diganggu ‘Haters’ Di IG

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada meluahkan rasa kesal apabila dia tidak henti diganggu oleh sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan dirinya.

Baru-baru ini, Shuhada ada memuat naik satu hantaran di Instagram Story yang menyentuh isu bayi dalam kandungan yang keguguran selain menulis kapsyen yang menyentuh hati.

Advertisement

Shuhada Ig StoriesSumber : Instagram  

Uwais (kandungan yang gugur) tunggu ibu, sister dan abang Umar dekat syurga Allah ye.

Namun, perkongsian Shuhada itu menerima kecaman di mana seorang individu telah menempelak wanita itu dengan mengatakan perkara yang menyakitkan hati.

Abang Uwais je ke yang tunggu di syurga? Yang baby sebelum sistur, tunggu di mana pulak? Takkan di neraka pulak?

Tidak duduk diam dikecam sedemikian rupa, Shuhada tampil membuat hantaran balas dan mengatakan bahawa dia tidak akan memaafkan individu itu.

Shuhada IG StoriesSumber : Instagram  

Sembanggg kari, mungkin dia la kot nanti masuk neraka. Ini lah ceritanya kalau dia lagi tahu cerita dari orang yang lalui tu sendiri. Orang macam ni kita boleh maafkan, so merangkak la cari nanti ya.

Sekadar info, Shuhada pernah mengumumkan bahawa dia hamil anak ketiga ketika masih dalam perbicaraan kes perceraian bersama Hafidz Roshdi namun mengalami keguguran di usia kandungan yang baru mencecah 14 minggu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Essam Mizz Nina
8 months ago

(VIDEO) Terpancar Kebahagiaan, Mizz Nina Dan Suami Serba Putih Di Majlis Sanding, Sambut Di KL Bersama Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...