“Abang Nak Melur Tak Malam Ni?” – Skrip Babak Drama Melayu Ini Dikritik Lucah, Dah Dikira ‘Softp*rn’

Hiburan

“Abang Nak Melur Tak Malam Ni?” – Skrip Babak Drama Melayu Ini Dikritik Lucah, Dah Dikira ‘Softp*rn’

Drama ‘Melur Untuk Firdaus’ kini ditayangkan di televisyen dan trending sehinggakan peminat drama-drama Melayu ternanti-nantikan episod akan datang.

Malah, ramai juga peminat yang tak keruan selepas pelakon utama Meerqeen yang membawa watak Firdaus itu memuat naik foto bersama Anna Jobling iaitu Melur dengan kapsyen ‘sayang’.

Advertisement

3 years ago

"Isteri Saya Tahu Je" - Nak Lakonan Nampak 'Natural', Hisyam Hamid Suruh Scha Panggil 'Baby' Di Set Penggambaran

Bagaimanapun, ada babak di dalam drama itu menunjukkan Melur dan Firdaus sedang bersembang yang menimbulkan kritikan ramai netizen di Facebook.

Menerusi video dimuat naik itu, skrip antara Melur dan Firdaus itu dikatakan mengandungi unsur ‘softporn’ serta ‘double meaning’.

Melur lagi suka tengok muka abang, badan abang. Abang nak Melur tak malam ni?”

@4lyvers

firdaus tewas jgk ? #meluruntukfirdaus #meerqeen #annajobling

? boyfriend – :)

Ramai netizen meluahkan rasa kurang senang mereka melalui ruangan komen di mana rata-ratanya menekankan tentnag unsur lucah pada skrip tersebut.

Apatah lagi, drama itu ditonton ramai anak muda dan remaja jadi ia tidak sesuai serta tidak bermoral kerana bimbang akan menjadi ikutan.

Ada yang menyuarakan tentang program lawak yang mempunyai ‘double meaning’ dikecam habis-habisan tetapi drama Melayu sekarang pula semakin ke arah itu juga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...