Biarpun kita sudah mematuhi peraturan ketika memandu, pasti ada segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan melanggar peraturan yang sedia ada.
Terbaharu, tular sebuah video di Twitter dimana ia memaparkan seorang pemandu Proton Perdana menunjukkan lagak ‘gangster’ nya di atas jalan raya apabila gagal memotong barisan di satu lorong di kawasan Setia Taipan.
Dah la potong que dekat trafic light, lepas tu block kereta sesuka hati ajak bergaduh.
Lokasi : Setia Alam pic.twitter.com/391mP0RQKh
— VICENZO LORENZO MEOOOW (@vicenzolorenzo) January 24, 2022
Kerana tidak berpuas hati gagal memotong barisan, individu terbabit mengejar dan menghalang laluan pemilik kereta yang merakam kejadian menggunakan dashcamnya di kawasan perumahan untuk menghantar rakan pulang.
Melihat dari video yang dimuat naik, lelaki berkopiah hitam itu turun dari kereta dengan tidak memakai pelitup muka dan berjalan seakan-akan ‘samseng’ menghampiri kereta pemilik dashcam terbabit.
Walau bagaimanapun, individu lelaki itu melarikan diri selepas mengetahui pemilik dashcam akan ke balai polis bagi menunjukkan bukti kesalahan pemandu Proton Perdana yang dirakamkan dengan kamera hadapan dan belakang kereta.
Difahamkan melalui ruangan komen, mendapati kenderaan tersebut mempunyai 38 saman yang bernilai RM8,150 dan rata-rata warganet meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu itu.