7 Lelaki Tunjuk Lagak Samseng, Langgar Kereta Guna ‘Backhoe’

Trending

7 Lelaki Tunjuk Lagak Samseng, Langgar Kereta Guna ‘Backhoe’

Seperti yang kita tahu, isu mengenai hak milik tanah bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam negara kita. Macam sebelum-sebelum ini pun, sudah banyak berita yang kita dengar tentang masalah melibatkan isu tanah ini. Sampaikan satu tahap, ada yang sanggup bergaduh dan lebih teruk lagi berbunuhan hanya kerana hak milik tanah.

Isu tanah ini tidak hanya terpalit pada individu yang tiada pertalian darah namun ia juga banyak berlaku dalam kalangan adik-beradik. Tidak dinafikan, isu pembahagian tanah pusaka serta perebutan hak milik tanah dalam kalangan adik-beradik banyak kita dengar dan terpampang di dada akhbar.

Advertisement

5 bulan lalu

Akibat Tanah Mendap, Sebuah Kereta Terperosok Ke Dalam Lubang

Perkara ini terjadi kerana kadangkala ada ahli yang ingin mengaut keuntungan melalui penjualan tanah pusaka tanpa pengetahuan keluarga. Bukan itu sahaja, masalah ini juga mungkin disebabkan tiada maklumat sempurna dan cara terbaik untuk menguruskan tanah tersebut agar ia dapat dinikmati bersama.

Anda tahu apa maksud hak milik tanah? Bagi yang belum tahu, hak milik tanah ialah satu dokumen yang dikeluarkan oleh pejabat tanah kepada seseorang bertujuan untuk memberi hak dari sisi undang-undang bagi pemilikan harta tanah tersebut atau lebih dikenali sebagai geran tanah.

Seorang warga emas baru beli tanah, korek tanah untuk elak banjir

Baru-baru ini, tular satu perkongsian oleh seorang pengguna bernama Hairie di laman Facebook yang memaparkan kejadian tujuh orang lelaki berlagak samseng dengan membawa backhoe untuk menimbus jalan.

Advertisement

Dalam perkongsian tersebut, pemuda itu menyatakan yang ayahnya baru sahaja membeli tanah di sebuah kawasan terletak di Labu Kubong, Teluk Intan, Perak. Tambah pemuda tersebut, laluan jalan utama di kawasan itu termasuk dalam kawasan batu sempadan tanah dibeli ayahnya itu.

Disebabkan kawasan tersebut bersebelahan dengan sungai, kejadian banjir sangat kerap berlaku di situ. Bagi menyelesaikan masalah banjir itu, ayah pemuda itu telah bertindak untuk mengorek tanah dan membuat parit di jalan utama dalam kawasan batu sempadan tersebut.

Kejadian itu difahamkan berlaku pada pukul 12 tengahari. Namun pada pukul 1 tengahari, kerja-kerja mengorek tanah tersebut terpaksa dihentikan seketika disebabkan turunnya hujan.

7 orang lelaki datang dengan lagak samseng membawa backhoe

Susulan kejadian tersebut, tujuh orang lelaki dengan lagak samseng dilihat datang ke kawasan itu membawa sebuah backhoe pada pukul 2.30 petang hari kejadian. Kehadiran sekumpulan lelaki itu adalah dengan tujuan ingin menimbus kembali jalan tersebut.

Ayah pemuda tersebut kemudiannya bertindak menghalang tujuh orang lelaki itu daripada menibus jalan tersebut. Menurut pemuda itu, ayahnya cuba berbincang elok-elok dan meminta orang ramai menggunakan laluan lain buat sementara waktu kerana dia ingin menyelesaikan masalah banjir yang berlaku terlebih dahulu.

Kejadian lelaki berlagak samseng

Pemandu backhoe tersebut – via Facebook

Pemandu backhoe bertindak melanggar kereta ayah pemuda tersebut

Namun, tujuh orang lelaki tersebut tetap berkeras dan terus berlagak samseng dengan keluarga pemuda itu. Salah seorang daripada tujuh orang lelaki itu kemudiannya telah bertindak luar kawalan dengan melanggar kereta ayah pemuda tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga turut mencuba untuk melanggar ayah pemuda itu.

Kejadian lelaki berlagak samseng

Tangkap layar kejadian kereta ayah pemuda tersebut dilanggar backhoe – via Facebook

Lebih mendatangkan kemarahan kepada pemuda tersebut apabila pemandu backhoe itu kemudiannya turun daripada kenderaan itu dengan membawa tukul besi lantas mahu memukul ayah dan adik pemuda tersebut. Malah, dia turut berkata “Mati jugak orang tua ni” dan mengugut untuk membunuh tuan tanah tersebut.

Advertisement

Tidak terhenti sampai di situ sahaja, tujuh orang lelaki tersebut kemudian datang kembali ke situ pada waktu malam untuk menghancurkan cermin kereta ayah pemuda itu. Difahamkan, tujuh orang lelaki berlagak samseng tersebut diketuai oleh seorang lelaki yang merupakan ‘tauke’ atau pemilik kepada Ramp Tusuf Sawit di Labu Kubong, Teluk Intan, Perak.

Kejadian lelaki berlagak samseng

Cermin kereta ayah pemuda tersebut yang dipecahkan – via Facebook

Pemuda itu beri pesanan kepada 7 orang samseng tersebut

Mengakhiri perkongsian tersebut, pemuda itu sempat memberi pesanan kepada tujuh orang lelaki berlagak samseng itu dengan mengatakan yang ayahnya bukan lawan mereka disebabkan salah seorang daripada mereka telah berkata “Nak makan bubur kanji pakai straw?” kepada ayahnya.

Tambahnya lagi, jika ayahnya mahu membuat apa sekalipun di jalan tersebut adalah tidak salah kerana ia di atas tanah sendiri dan bukan tanah rizab jalan.

Pemuda itu faham yang jalan tersebut digunakan oleh orang kampung untuk pergi ke kebun namun dia juga menegaskan yang ayahnya mempunyai hak untuk membuat apa sahaja di atas tanah itu kerana dia adalah tuan tanah tersebut.

Tiga individu ditahan susulan kejadian tersebut

Menurut laporan KOSMO, tiga lelaki telah ditahan untuk membantu siasatan tentang kejadian tersebut selepas tularnya perkongsian dan rakaman video daripada pemuda itu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 47 tahun dan dua lelaki berusia 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada pukul 4.05 petang semalam.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...