Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aaron Aziz Tampil Bersuara Isu Usahawan Kurang Adab Dengan Warga Emas

Aaron Aziz bersuara isu usahawan biadap

Semalam kecoh di media sosial satu video berkenaan seorang usahawan melayani warga emas dengan agak kasar dan mempersoalkan kisah lampau lelaki berusia 64 tahun itu ketika membuat ceramah motivasi bertajuk ‘ubah diri’ di sebuah pusat transit.

Ramai individu yang tidak berpuas hati dengan usahawan tersebut kerana layanannya yang dianggap kurang beradab dengan orang tua sampaikan beberapa selebriti juga tampil menyuarakan hal ini termasuklah Sheery Ibrahim.

Advertisement

Pelakon terkenal, Aaron Aziz yang memegang watak Malik dalam filem KL Gangster juga tampil bersuara menerusi satu perkongsian di Instagram. Pergh! Malik is back.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Advertisement

Kalau lu rasa lu dihantar tuhan untuk tolong orang susah, sekarang Allah juga boleh kasi lu susah.

Betul juga, ini semua soal rezeki. Sekelip mata Allah boleh bagi kita senang dan sekelip mata Allah boleh buat kita susah. Jangan adanya rasa angkuh bila kita berada di atas sampai nak memperlekehkan orang yang susah.

Walaubagaimanapun, usahawan berkenaan tampil memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang berasa tidak berpuas hati dengan isu ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THE PRESIDENT ? (@carlsamsudin)

Apapun, semoga hal ini menjadi iktibar kepada semua dan beradablah dengan orang tua tak kira siapapun dia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Hayati Mat Salim Mat Salim

    July 30, 2021 at 4:53 pm

    Kebanyakan penghuni syurga juga golongan miskin yang bertakwa.

  2. Huru hara

    July 30, 2021 at 2:18 pm

    Saya pun kalau buat mcm ni mungkin kat icu skrg. Tersangkut berus jamban kat dlm mulut.

  3. air mineral

    July 30, 2021 at 1:54 pm

    Kalau saya buat mcm ni, saya upload video ni pukul 5.10pm, atuk dgn nenek selesai kebumikan saya pukul 5.20pm.

  4. nani

    July 30, 2021 at 12:24 pm

    Lesson learnt. Lain kali kena prepare soalan:
    1) pakcik hensem baju kotak2 tepi tiang ape kabar? sihat?
    2) asal mane kitee? (prepare loghat mana2 negeri)
    3) makan pakcik ye..tak sedap komplen kat saye nanti saye tambah cili byk2.. haha ..buat2 lawak sikit..org2 mcm ni sepi..tak salah kita hiburkan..anggap mcm kita layan orang yg kita sayang. Kalau boleh jgn buat touching2 story..

    Setiap org jalan hidup berbeza-beza cuma kita jgn cepat jatuhkan hukuman. Kebanyakan orang-orang miskin adalah orang-orang yang baik-baik tetapi ditindas oleh desakan kehidupan…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top