“Kami Berdua Masih ‘Berjuang’, Hidup Tak Sentiasa Indah” – Scha Alyahya

Hiburan

“Kami Berdua Masih ‘Berjuang’, Hidup Tak Sentiasa Indah” – Scha Alyahya

Selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara Awal Ashaari, aktres Scha Alyahya mengakui pemahaman serta penerimaan menjadi antara kunci utama hubungan mereka kekal bertahan hingga hari ini.

Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Mahadzir, pada awal perkahwinan, dia percaya komunikasi adalah cara terbaik untuk menyelesaikan konflik.

Advertisement

Namun, selepas mengenali karakter sebenar suaminya, dia mula sedar setiap pasangan mempunyai cara berbeza dalam menangani masalah.

“Kalau dulu orang tanya macam mana saya dan Awal selesaikan masalah, saya akan cakap komunikasi.”

“Dulu saya akan terus berdepan dan ajak berbincang. Tapi bila sudah lama bersama Awal, saya faham itu bukan cara yang dia perlukan. Dia lebih suka menyendiri dahulu untuk tenangkan diri.”

“Jadi saya belajar untuk tunggu dan beri ruang kepada dia. Kadang-kadang saya sendiri pelik macam mana saya boleh ubah pendirian,” katanya kepada BH Online.

Untuk rekod, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan ke-14 pada 4 Mei lalu.

Berkongsi lanjut, Scha berkata komunikasi sahaja tidak mencukupi sekiranya pasangan gagal memahami keperluan emosi antara satu sama lain.

Menurut Scha, selepas hampir 15 tahun bersama, dia dan Awal masih terus belajar menyesuaikan diri dengan perubahan masing-masing sebagai suami isteri.

“Itu sebab saya tulis kami masih ‘fighting’. Tidak ada rumah tangga yang sentiasa indah, pasti ada turun naiknya. Kadang-kadang kita rasa sudah kenal pasangan sepenuhnya, tapi sebenarnya tidak kerana manusia berubah setiap hari dan setiap tahun.”

Dalam masa sama, Scha tidak menafikan rumah tangganya juga melalui cabaran seperti pasangan lain, meskipun mereka sering dilihat bahagia di media sosial.

“Kami pun ada cabaran dan perjuangan sendiri. Cuma kami memilih untuk berkongsi perkara yang positif sahaja kerana hidup ini tidak sentiasa indah,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shakill
2026-05-13 15:33:03

"Nasi Lemak Tu Mak Pak Yang Makan" - Shakilla Khoriri Luah Pendapat Mengenai Makanan RMT Sekolah, Perlu Penambahbaikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.