Wanita Berbangsa Cina Kongsi Pengalaman Bisnes, Ramai Muslim Datang Nak Buat Tatu – “Aku Nak Buat Jugak Tapi Tak Leh”

Hiburan

Wanita Berbangsa Cina Kongsi Pengalaman Bisnes, Ramai Muslim Datang Nak Buat Tatu – “Aku Nak Buat Jugak Tapi Tak Leh”

Seorang wanita yang bekerja sebagai pelukis tatu berkongsi dilema yang dihadapinya apabila menerima permintaan daripada pelanggan beragama Islam untuk mencacah tatu.

Menurutnya, dia berdepan konflik antara mencari rezeki dan menjaga sensitiviti agama, memandangkan tatu dianggap haram dalam Islam serta bersifat kekal pada tubuh.

Advertisement

“Saya ingatkan memang Muslim tak boleh bertatu. Lagipun tatu akan bersama kamu sampai kamu mati,” tegasnya.

Wanita itu turut mendedahkan ramai pelanggan Muslim bertanya sama ada dia boleh melakukan tatu untuk mereka, namun perkara itu membuatkan dirinya berasa serba salah.

“Ramai orang Muslim datang bertanya, sama ada saya boleh tatu mereka atau tidak. Ianya menyusahkan saya, sebab saya nak untung tetapi tidak boleh melakukannya.”

Jelasnya, dia memilih untuk menolak permintaan tersebut sekiranya individu itu belum pernah mempunyai tatu sebelum ini.

“Saya hanya boleh cakap, maaflah, kalau kamu belum ada tatu lagi, saya tak boleh buat, sebab ini memang perkara yang haram. Tetapi, misalannya, kamu dah ada tatu, nak tutup tatu tersebut atau nak tambah lagi, itu okaylah, sebab kulit kamu memang dah kotor. Dan tiada pilihan.”

“Namun jika sekarang kamu bersih daripada tatu, janganlah buat. Sebab ini akan bersama kamu sepanjang hayat kamu.”

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai, dengan segelintir netizen menghargai keprihatinannya. Malah, ada yang menawarkan untuk menyokong perniagaannya dengan cara lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-23 16:15:40

Wanita Buka Kebun Sayur Percuma, Pengunjung Boleh Petik Sendiri & Bayar Ikut Berat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...