Memasak Di Rumah Tapi Bau ‘Menyengat’ Sampai Rumah Jiran? Anda Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Kehidupan

Memasak Di Rumah Tapi Bau ‘Menyengat’ Sampai Rumah Jiran? Anda Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Kalau anda pernah terhidu bau masakan yang kuat dari rumah jiran, mungkin anda tertanya-tanya sama ada perkara itu boleh dibuat aduan atau tidak.

Di kediaman seperti kondominium, apartmen atau rumah bandar, bau yang kuat mudah merebak keluar dari dapur sehingga boleh menjejaskan jiran lain, malah satu tingkat.

Advertisement

Walaupun aktiviti memasak itu sendiri tidak menyalahi undang-undang, isu boleh timbul apabila bau tersebut mula mengganggu keselesaan orang lain. Dalam situasi ini, ia boleh dikategorikan sebagai gangguan atau nuisance.

bau busuk

Di Malaysia, perkara seperti ini biasanya ditangani di bawah prinsip undang-undang yang dikenali sebagai gangguan peribadi (private nuisance).

Prinsip ini terpakai apabila tindakan seseorang mengganggu keselesaan atau hak orang lain untuk menikmati kediaman mereka.

Namun, tidak semua bau boleh dianggap sebagai gangguan. Penilaian utama adalah sama ada ia menjadi tidak munasabah, contohnya apabila:

1. Berlaku secara kerap atau berterusan

2. Cukup kuat sehingga merebak ke luar rumah

3. Mengganggu sehingga menjejaskan kehidupan harian orang lain

Bagi anda yang tinggal di kondominium, apartmen atau rumah bandar, kediaman tersebut tertakluk di bawah Akta Pengurusan Strata 2013.

Walaupun tidak disebut secara khusus, penghuni tidak boleh melakukan apa-apa yang mengganggu keselesaan jiran, termasuk bau berterusan daripada masakan, asap, haiwan atau sisa.

hidup berjiran

Jika kes semakin serius, ia boleh dibawa ke Tribunal Pengurusan Strata yang boleh arahkan penghuni hentikan atau ubah aktiviti tersebut.

Bagi rumah bertanah, toleransi terhadap bau biasanya lebih tinggi kerana ruang dan aliran udara lebih luas.

Namun, ini tidak bermakna aduan tidak boleh dibuat.

Jiran boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan jika bau berterusan atau melibatkan isu kebersihan. Jika disahkan sebagai gangguan, notis akan dikeluarkan dan kegagalan patuh boleh dikenakan denda hingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

UM
2026-04-16 11:18:53

Babak Persembahan Teater Berunsur 'Soft Porn', Universiti Malaya Mohon Maaf - "Astagfirullah, Melampau Sangat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Says

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...