Festival Filem ke-24 (FFM 24) telah berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam Ahad lepas, 20 November. Kiranya ada banyak juga berlangsung peristiwa pada tarikh ini, termasuk tiga majlis perkahwinan selebriti terkenal. Namun begitu ada juga kontroversi yang terbabit kali ini, termasuklah kisah penerbit Raja Azmi yang mempertikaikan kemenangan Jurey Latiff dalam kategori Pengarah Harapan di hadapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Trivia FFM 24:-
1) Kali ini FFM 24 dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), sebelum ini ia dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), FINAS kini hanya membantu dari segi kewangan.
2) Kemenangan filem Libas turut dipertikaikan dalam kategori yang lain . Korang boleh baca entri Amy Ikram Ismail.
3) Raja Azmi tidak hadir ke Malam Gala FFM 24 kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan Jurey Latiff.
4) Hak penyiaran eksklusif pada Astro.
Lagi 94 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar ialah kepada MKstreet Professional Services yang telah sudi berkongsi gambar dengan pembaca BeautifulNara. Sila like fanpage MKstreet beramai-ramai.
***