Konsert “No Wrong Notes” Demonstrasi Kualiti Koir Kebangsaan Malaysia

Konsert “No Wrong Notes” Demonstrasi Kualiti Koir Kebangsaan Malaysia

Konsert Koir Kebangsaan Malaysia bagi “No Wrong Notes“ akan diadakan pada 25 – 26 November 2011 di Auditourium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan Koir Kebangsaan kepada masyarakat, dan produk baru Koir Kebangsaan Malaysia.

 Koir Kebangsaan Malaysia yang merupakan kumpulan bertaraf nasional telah ditubuhkan pada tahun 1991 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan yang kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Dari tahun 2004 hingga kini, Koir Kebangsaan Malaysia telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Selain memperjuangkan lagu-lagu rakyat serta tradisional Malaysia, kumpulan ini juga berkebolehan menyanyikan lagu – lagu klasikal, kontemporari dan pop dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Mandarin, Tamil, Jerman, Itali, Perancis, Sepanyol dan juga Latin.

Advertisement

Kumpulan ini telah dilancarkan pada 20 Julai 1992 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sepanjang 20 tahun penubuhan Koir Kebangsaan, Kumpulan Koir Kebangsaan telah mendapat pendedahan melalui siri konsert – konsert bergerak sebegini, dan juga berpeluang mengadakan persembahan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Antaranya, Konsert Koir Kebangsaan Malaysia di Victoria Hall, Singapura dan kumpulan terkenal ’The Song Company’ di Australia. Ikuti persembahan Koir Kebangsaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Mei lepas:

Maklumat pembelian tiket yang hanya berharga RM 10 boleh anda dapati dengan membaca gosip ini sepenuhnya.


Kumpulan ini juga pernah membuat persembahan untuk Seri Paduka Yang diPertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 43 dan 44, dan telah diberi peluang untuk turut sama menjayakan majlis pembukaan dan penutupan Sukan  Komanwel XVI di Kuala Lumpur. Koir Kebangsaan juga telah bergabung tenaga bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di dalam Festival Muzik Kuala Lumpur melalui sepetang bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Persembahan koir terdiri daripada gabungan ahli Koir Kebangsaan dan Koir Remaja Kebangsaan. Sebanyak 18 buah lagu telah dipilih dan digubah kepada elemen jazz, latin dan raggae serta lagu rakyat. Terbahagi kepada dua (2) segmen iaitu:-

SEGMEN PERTAMA
KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA

Gema Rembulan
The Pink Panther
Bim Bom
Someone To Watch Over Me
Kiss From a Rose
I’m Gonna Live Till I Die

KOIR REMAJA KEBANGSAAN

Tegeleng-Geleng
Senyum

CONSORT (1)

Fugue
Waltzing Maltida

Intermission   – Persembahan Artis jemputan tanahair

SEGMEN KEDUA

CONSORT (2)

Nature Boy

Asmara

Dayung Sampan

 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA

Te Quiero
Besame Mucho
Dan Sebenarnya
Sambaria
La Cucaracha

Tarikh          : 25 – 26 November 2011

Masa            : 8.30 Malam

 

Penglibatan:

i.      Pengarah Koir           :       Tunku Marina Tunku Dato’ Zubi

ii.      Pengarah Vokal/       :       Syafinaz Selamat

iii.      Pengarah Muzik        :       Raja Mohd Sham Raja Saari

Pengarah Persembahan

  1.                         iv.      Konduktor                :       Mohd Amri Mohd Zin
  2.                          v.      Ahli Koir                   :       53 Orang

(A)KOIR REMAJA KEBANGSAAN

BIL

SOPRANO

BIL

ALTO

1

Ammar Danish Saiful Azrin

1

Anis Aryani Iskandar Dzulkarnain

2

Annisa Bt Mohd Radzi

2

Anis Ilyana Iskandar Dzulkarnain

3

Eric Tan Boon Yuen

3

Laura Marina Andrew

4

Lee Faye

4

Mohd Haffizi Suhaimee

5

Len Zhi Yi

5

Nadirah Bt Mazli

6

Luvieann Rathinam Anthony

6

Natrah Bt Mazli

7

Mok Man Peng

7

Natasya Veronica Santamaria

8

Natasya Najla Hasbullah

8

Qurratull’amira Rozaini

9

Raha Aisha Bt Azlan Shairi

9

Suhaila Shamsul Bahrin

10

Sharifah Annafiza Al-Shahab

10

Syed Amani Al-Shahab

11

Siti Nur Aishah Mansur

12

Stephanie Ong Yuen Yaen

13

Tan Ling Hui

14

Vallimalar Rasa

(B)KOIR KEBANGSAAN

BIL

SOPRANO

 

ALTO

1

Azzahra Shafie

1

Nurul Akma Nasrudin

2

Daphne Rethual

2

Nurul Hidayah Zainal

3

Dayang Siri Hazar

4

Dayang Syarfa Syazana

5

Lilis Syafiza Mohd Yatim

6

Lilis Syafuza Mohd Yatim

7

Mok Man Ying

8

Nuramira Afiqah Zainal

9

Phoon Ru Yi

10

Quratul ‘Ain Rozaini

11

Rabi’atul Raba’ah Baharudin

12

Tan Yon Lyn

BIL

TENOR

 

BASS

1

Azahar Abdullah

1

Ammar Asyraf  Saiful Azrin

2

Kong Jun Seng

2

Amri Zane

3

Lazarul Afiezy Zakaria

3

Chin Ying Ze

4

Mohamad Izwan Mohd Izhar

4

Mohd Izaaq Rusly

5

Mohd Fakhri Hanif Dimyati

5

Moo De Qing

6

Mohd Khairul Nizam Kamarozaman

6

Tan Yi Han

7

Muhd Fadzil Zamberi

7

Wong Chee Kan

8

Mohd Radzi Abdul Rashid

9

Shaffiq Erwin

10

Izzat Mohd Basri

Pemuzik Undangan :        6 Orang (Double Bass, Gitar Arkustik, Drum, Percussion dan Blower)

 TIKET TERHAD  : RM 10.00

UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN SILA HUBUNGI HOTLINE:

HOTLINE: 014-2318303 / 03-20523600 ext 3762/3724

Kaunter tiket akan dibuka seperti di jadual berikut:-

BIL

TARIKH/ MASA

TEMPAT

1.

18 – 20 November 2011(6.00 Petang – 10.30 Malam)

Panggung Bandaraya Kuala Lumpur

20 November 2011(12.00 Tgh – 10.30 Malam)

2.

18 – 19 November 2011(3.00 Petang – 6.00 Petang)

Sungei Wang Plaza

3.

21 – 24 November 2011(8.30 Pagi – 5.00 Petang Waktu Pejabat)

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara,

Tingkat 28, Bangunan MAS,

Jln Sultan Ismail,

50250 Kuala Lumpur

4.

24 – 25 November 2011(4.30 Petang – 10.30 Malam)

Auditorium DBKL,

Jalan Raja Laut,

Kuala Lumpur.

5.

26 November 2011(2.00 Petang – 8.30 Malam)

Program ini adalah landasan bagi bakat muda dalam bidang seni suara profesional untuk mengembangkan sayap mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Pelaksanaan konsert ini dijadikan kaedah untuk mempromosikan pembaharuan dalam seni suara berkumpulan (vocal ensemble) seterusnya memperlihatkan bakat dan kemampuan mereka kepada khalayak, khususnya generasi muda.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...