Biarpun kedengaran seperti tidak masuk dek akal, tetapi kisah-kisah bayi secara tiba-tiba ‘hilang’ di dalam kandungan bukan lagi perkara yang pelik berlaku di kalangan masyarakat Melayu.
Sudah pasti akan membuat hati seorang ibu luluh jika terjadinya insiden seperti ini terhadap dirinya kerana sudah berharap akan dapat menyambut kelahiran anak tidak lama lagi.
Baru-baru ini, seorang gadis di TikTok berkongsikan sebuah kisah misteri yang dialami oleh ibu saudaranya apabila kandungan yang dikandung olehnya tiba-tiba ‘lesap’ ketika membuat pemeriksaan bersama doktor.
Lebih membuatkan gadis tersebut berasa pelik, kandungan ibu saudaranya itu sudah memasuki usia berbulan-bulan, jadi dia terfikir kemanakah bayi tersebut menghilang.
Dalam pada masa yang sama, dia turut mempersoalkan adakah hal seperti itu berkaitan dengan sains ataupun alam misteri.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai warganet turut berkongsikan kisah ataupun pengalaman ahli keluarga mereka yang mengalami situasi misteri ini, bahkan ada yang kata ibu angkatnya sudah 9 kali hamil, 9 kali juga kandungan itu hilang secara tiba-tiba.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.