Ammar Alfian nama yang tidak pernah lekang dengan kontroversi bukan? Dek kerana sudah malas mahu melayan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang sering menganggap beliau tidak sopan ataupun jahat, Ammar sebelum ini telah membuat keputusan untuk tinggalkan Malaysia.
Khabarnya baru-baru ini Ammar telah bergelar suami dan melangsungkan perkahwinannya secara senyap-senyap pada 6 Mac lepas.
Malah menerusi satu perbualan Ammar bersama teman rapat Diva di akhbar Kosmo, aktor tersebut tampak lebih tenang dan tidak cepat marah.
Namun, apabila ditanya mengapa beliau menyorokkan berita gembira tersebut, Ammar memberitahu perkahwinannya itu tidak perlu dihebohkan kerana beliau bukan lagi artis dan tidak mahu terlibat dalam industri hiburan lagi.
Erm, baguslah kalau Ammar dan bertemu dengan wanita yang mampu menerima diri beliau seadanya. Semoga Ammar dan isteri bahagia sehingga ke anak cucu.
Berikut beberapa lagi foto sekitar perkahwinan Ammar Alfian dengan membaca artikel ini sepenuhnya.