Boleh dikatakan sebagai pekerjaan menjadi krew kabin merupakan satu kerja yang sangat disukai ramai dan kebanyakan anak muda selalu mahu menceburi bidang tersebut kerana memikirkan keseronokan dapat terbang ke merata negara atau negeri.
‘Darkside’ menjadi krew kabin
Bagaimanapun, seorang individu di TikTok ini yang sudah bekerja selama lapan tahun sebagai krew kabin mendedahkan beberapa sisi gelap bekerja di dalam bidang berkenaan.
Antara darkside yang dikongsikan adalah masa kerja yang tidak menentu dan mustahil untuk seorang krew kabin menjaga rutin tidur mereka susulan mempunyai waktu kerja yang tidak tetap.
Selain itu, hal yang menyedihkan apabila masa bersama keluarga akan berkurangan, lagi-lagi sewaktu cuti peristiwa kerana ketika itu, jadual akan menjadi padat dan ramai keluarga lain pergi bercuti.
Makanan halal susah dicari, kos jauh lebih mahal
Bukan itu saja, malah mahu mencari makanan yang halal sebagai seorang Muslim memang merupakan satu hal yang mencabar dan harga juga jauh lebih mahal jika hendak dibandingkan daripada Malaysia.
Currency RM dah makin teruk so bila convert makanan semua mahal. Tambah-tambah makanan halal.
Tetap bersyukur, raih banyak pengalaman
Walaupun mendedahkan beberapa darkside menjadi krew kabin, lelaki terbabit tetap meluahkan rasa syukur dan gembira apabila memilih untuk ceburi bidang berkenaan kerana banyak pengalaman yang dipelajari olehnya.
@hzqqasyrff1 2 3 tangkap gambaq sikit