“Seragam Ni Direka Khas Oleh Minda Muda Dalam MAG..” – MAG Perkenalkan Seragam Terkini Petugas ADS

Gaya Hidup

“Seragam Ni Direka Khas Oleh Minda Muda Dalam MAG..” – MAG Perkenalkan Seragam Terkini Petugas ADS

Baru-baru ini, kakitangan pengendalian darat AeroDarat Services (ADS) akan mula memperagakan pakaian seragam mereka yang baharu. Seragam tersebut diperkenalkan oleh Malaysia Aviation Group (MAG).

Direka khas melambangkan budaya

Menurut kenyataan di laman web Malaysia Airlines, seragam terbaru mereka yang bermotifkan songket itu direka khas bagi melambangkan profesionalisme mereka serta memperagakan budaya Malaysia disamping lebih praktikal untuk perkhidmatan semasa penerbangan.

Advertisement

Pakaian seragam baharu ini direka khas oleh minda muda kreatif dalam MAG. Kami berbangga bukan sahaja dalam pakaian seragam yang dimodenkan, tetapi juga dalam simbol yang merangkumi perpaduan dan kreativiti yang mentakrifkan kami di MAG.

mas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kini Viral Malaysia (@kini.viral.my)

Pernah lakukan survey

Pada masa yang sama, dikatakan Malaysia Airlines (MAS) pernah melakukan survey berkenaan pakaian seragam pramugari mereka. Antara soalan yang ditujukan adalah sama ada syarikat mereka patut mengenakan pakaian yang lebih sopan bagi petugas wanita.

Bukan itu sahaja, MAS juga sempat menanyakan pendapat orang ramai jika mereka perlu memberi kebenaran kepada pramugari yang bertudung untuk bertugas dalam penerbanagan domestik dan juga antarabangsa.

Untuk info, pelancaran pakaian seragam terbaru itu telah pun disempurakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bersama Pengerusi MAG, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

kak km
4 months ago

"Saya Tak Rasa Krew Yang Buat Tapi.." - Bekas Pramugara Dedah Kecuaian Kak KM Punca Pencurian Atas Pesawat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...