Antara pasangan selebriti yang sudah menjalinkan hubungan mesra bertahun-tahun, akhirnya Mimi Lana dan Syafiq Kyle umun akan berkahwin pada tahun ini.
Menurut Syafiq, dia yang merupakan seorang pelakon dan Mimi sudah pun menghadiri kursus kahwin, baru-baru ini.
Ye saya sudah hadiri kursus kahwin. Malah ada muat naik ‘selfie’ ketika kami sama-sama jalani kursus kahwin.
View this post on Instagram
Biarpun memaklumkan bahawa akan berkahwin pada tahun ini, Syafiq tidak dapat memberitahu secara terperinci mengenai perkara tersebut.
Apabila ditanya soal persiapan bakal isterinya itu, pelakon drama Nur terbabit berkata Mimi sememangnya berasa teruja dan sama-sama membuat perancangan yang terbaik.
Sekadar info, pasangan popular ini mula menghebohkan status hubungan mereka sekitar tahun 2019. Namun pada 2020, hubungan mereka dikhabarkan sudah tiada lagi sebelum kembali bercinta beberapa bulan kemudian.