“No Komen” – Syafiq Kyle Enggan Dedah Perancangan Melamar Mimi Lana

Hiburan

“No Komen” – Syafiq Kyle Enggan Dedah Perancangan Melamar Mimi Lana

Pelakon kacak Syafiq Kyle tetap dengan pendirian dan prinsip yang dipegangnya untuk tidak berkongsi soal peribadi.

mimi lana dan syafiq kyle
3 years ago

Hubungan Cinta Kembali Terjalin Dengan Syafiq Kyle, Mimi Lana Akui Sedia Bergelar Isteri

Advertisement

Syafiq Kyle atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak enggan membuka mulut tatkala diasak pertanyaan perancangan bersama buah hatinya, Mimi Lana yang dikenali sejak enam tahun lalu.

Syafiq Mimi

Walaupun kekasihnya Mimi Lana dilihat terbuka berkongsi foto mahupun video kemesraan mereka, namun pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer dan Nur itu lebih selesa berbicara mengenai kerjaya seni, berbanding persoalan peribadi.

Hubungan cinta dua bintang popular ini bukan menjadi satu rahsia lagi, malah mereka turut pernah melalui fasa turun naik. Sebelum ini, hubungan Syafiq dan Mimi pernah diuji dengan perpisahan. Namun, persengketaan antara mereka tidak berpanjangan, malah kembali menyulam buih-buih cinta.

Syafiq, 29, akui tiada masalah baginya untuk menjawab soalan berkaitan kerjaya, namun bukan berkaitan cinta. Pasangan yang pernah menggenggam trofi Gandingan Serasi Filem Popular menerusi filem Pusaka pada ABPBH 33 ini kini sibuk dengan persiapan menjalani penggambaran beberapa filem.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...