7 Persembahan Kenduri Kahwin Untuk Gantikan “Tarian Ghairah”

Trending

7 Persembahan Kenduri Kahwin Untuk Gantikan “Tarian Ghairah”

Baru-baru ini telah viral sebuah persembahan tarian ghairah di kenduri kahwin seorang selebriti. Video yang menunjukkan seorang wanita menari dengan berpakaian separuh bogel itu memang amat mencolok mata, bertentangan dengan adat Melayu serta tidak mengikuti syariat Islam. Sedikit sebanyak apa yang terjadi menimbulkan rasa kurang selesa bukan sahaja kepada para tetamu, malah menjatuhkan maruah umat Islam di Malaysia secara amnya.

 

Advertisement

Jadi untuk anda yang bakal mengadakan kenduri kahwin dan tidak ada idea untuk membuat persembahan, janganlah pula merancang nak buat tarian ghairah tak masuk akal seperti di atas. Di bawah kami kongsikan beberapa persembahan yang bersesuaian dengan budaya serta adat kita selaku orang Melayu dan Islam:-

1. Silat

silat

Haip, haip, yeah!!! Silat adalah seni mempertahankan diri tradisional yang diwarisi oleh bangsa Melayu sejak berkurun-kurun lamanya. Selain digunakan untuk berlawan dengan orang jahat, silat juga sering menjadi pilihan untuk dipersembahkan ketika kenduri kahwin. Pelbagai jenis pilihan tersedia seperti silat pengantin, “sparring” silat, bersilat dengan senjata dan sebagainya. Namun perlu berhati-hati agar tiada sebarang kecederaan atau naik “isim” berlaku ketika persembahan silat berlangsung.

2. Paluan kompang

kompang

Tidak meriah menghadiri jemputan perkahwinan masyarakat Melayu tanpa diserikan bunyi paluan kompang memandangkan persembahan alat muzik tradisi itu sangat sinonim dengan kenduri seperti itu di negara ini. Seringkali digunakan sebagai tanda mengumumkan kehadiran pengantin, kini paluan kompang juga di”upgrade” untuk menghiburkan para hadirin dengan diiringi nyanyian-nyanyian lagu seperti Senyumlah, Diam-Diam Jatuh Cinta, Suka Sama Kamu dan Barakallah.

3. Tarian Zapin

kompang

Tarian zapin amat popular di negeri Johor dan sering menghiasi kenduri kahwin di negeri tersebut. Dengan bajunya yang berwarna-warni serta gerakan yang amat lembut dan unik, pastinya para tetamu akan lebih terhibur. Silap-silap ada yang bangun dan turut menari bersama.

4. Gamelan/Caklempong

kompang

Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, bolehlah menyewa kumpulan gamelan/caklempong untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan anda. Dalam sebuah pertunjukan gamelan/caklempong, akan dimainkan beberapa alat muzik yang saling berpadu untuk menghasilkan satu bunyi yang cukup merdu. Para tetamu yang hadir pastinya akan hanyut dibuai alunan muzik yang amat menenangkan itu. Nak lebih mantap, sewa sekali dengan penari-penari yang boleh berjoget mengikut pukulan gamelan tersebut.

5. Karaoke/Wedding Band

zapin

Seringkali datang dengan pakej yang disediakan oleh deejay kenduri kahwin, karaoke juga satu bentuk persembahan yang amat popular di kenduri kahwin. Kebiasaannya ia dinanti-nantikan oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang memang dah ada senarai lagu kegemaran mereka. Nak lagi meriah, jemput artis atau live band untuk mendendangkan lagu-lagu cinta anda untuk menambahkan lagi ‘feel’ kenduri kahwin anda.

6. Panggil Kamen Rider/Ultraman/Power Rangers

zapin

Daripada melihat aksi terkinja-kinja menari tanpa punca, lebih baiklah anda menjemput mereka yang menyediakan perkhidmatan cosplay untuk memeriahkan majlis anda. Banyak pilihan yang ada di Malaysia ini. Ada Ultraman, Kamen Rider, Power Rangers, Upin Ipin dan sebagainya. Siap boleh menari dan berinteraksi dengan para hadirin siap. Kanak-kanak confirm suka punya!!!

7. Kuda kepang

kuda kepang

Kalau anda nak lebih ‘rare’ dan mahukan para tetamu terkenangkan kenduri kahwin anda, maka bolehlah cuba persembahan kuda kepang. Pasti kenduri anda akan menjadi bualan ramai. Iyerlah, tarian kuda kepang makin lama makin jarang dipersembahan

Selain daripada 7 jenis persembahan di atas, anda juga boleh meriahkan kenduri kahwin anda dengan dikir barat, bertandu, berpantun, mak yong dan macam-macam lagi. Senang cakap, daripada buat tarian ghairah yang tak senonoh, lebih baik pilih salah satu daripada senarai di atas. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...