Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ahya Rosli Tidak Kisah Dikecam Adakan Tarian Separuh Bogel Di Majlis Perkahwinan

Majlis kahwin bukannya parti liar, itulah kata-kata orang ramai yang melihat video tarian separuh bogel yang ‘disajikan’ kepada tetamu di majlis resepsi perkahwinan pelakon dan model Ahya Rosli yang diadakan pada Sabtu lalu.

Advertisement

Rata-rata netizen mengkritik tarian agak lucah itu sangat tidak sesuai untuk majlis tersebut yang bertemakan tradisional Melayu selain memberikan pengaruh kepada masyarakat.

 

Advertisement

Ahya menjemput seorang  lelaki yang menyerupai wanita, berpakaian seksi dan sangat lincah menari dengan gaya tidak senonoh di depan tetamu.

Bagaimanapun, Ahya berkata beliau tidak melakukan kesalahan dan persembahan itu hanya sekadar hiburan sahaja. Sepatutnya, ia tidak perlu jadi satu isu yang besar.

Terpulang pada diri saya sendiri dan saya ada hak untuk buat apa pun sebab ini majlis saya. Lagipun saya yang keluarkan duit, bukan netizen.

Jadi orang mahu cakap apa sahaja, saya tidak kisah. Bagi saya orang yang mengkritik itu tiada kerja lain mahu buat selain mengganggu hidup orang lain.

Mungkin juga beliau rasa, pada zaman serba moden ini, kenalah ada kelainan dalam majlis perkahwinan, tetapi nampaknya bukan biasa-biasa bentuk hiburan Ahya untuk tetamu. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja dan semoga rumah tangga yang dibina berkekalan.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Video : Ieyman Lee’s

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

69 Comments

  1. red

    April 9, 2019 at 12:54 pm

    what de pak??? aku ni biar pun Kristian yg di panggil kafir,, tau jg nak hormat org dtg kenduri kawen..first time aku nampak majlis kawen ada tarian mcm ni. depan budak2 tu wei.. adudududud… baik korang2 sekolah agamakan sodara seiman korang yg da terpesong mcm ni.. kesian. diri sendiri ok..jangan salahkan org kafir mcm kami pulak da.

  2. minah_loy

    April 9, 2019 at 8:47 am

    keluarga 69…dari emak sampai ke anak ..jahil

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama