7 Info Menarik Mengenai Rawang ByPass Yang Anda Perlu Tahu

Trending

7 Info Menarik Mengenai Rawang ByPass Yang Anda Perlu Tahu

Projek mega Rawang Bypass menjadi satu lagi mercu tanda negara dan sangat mengagumkan. Setelah 12 tahun pembinaan, akhirnya laluan yang menjadi jalan pintas yang menghubungkan Rawang ke Serendah ini dibuka pada hari ini.

Advertisement

Pembukaannya dijangka akan membantu menyurutkan kesesakan yang sering melanda Bandar Baru Rawang terutamanya pada waktu kemuncak.

6 years ago

Rawang Bypass Jambatan Tertinggi Di Malaysia Dibuka

Lebuhraya yang menghubungkan Rawang dan Serendah ke Kuala Lumpur ini dikatakan mampu memendekkan perjalanan dari 2 jam menjadi 30 minit sahaja.

Oleh kerana pembinaan lebuh raya ini memakan masa yang sangat lama untuk dibina, ini 7 info menarik yang kami pasti anda belum tahu mengenai Rawang Bypass ini.

1. Projek Termahal Negara

Rawang Bypass adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) dan menelan belanja sebanyak RM630 juta. Memang nampak mahal tapi dalam jangka masa panjang, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada rakyat.

2. Tiada Tol Di Laluan Ini

Pada mulanya, sukar untuk hadam fakta ini. Iyalah, Malaysia kan terkenal dengan sistem tol berbelas Ringgitnya walaupun jarak perjalanan tidaklah sejauh mana. Namun, untuk Rawang Bypass, ia tidak akan mempunyai plaza tol di kedua-dua belah laluan.

3. Lebuh Raya Paling Gayat Di Malaysia!

Pada ketinggian 58.2 meter dari aras bumi, Rawang Bypass merupakan jambatan tertinggi di Malaysia.

Ditambah pula dengan muka buminya yang berbukit, kalau korang gayat, penulis sarankan untuk tidak memandang ke bawah jambatan. Just take your time, dan pandang bonet kereta di hadapan saja okay.

4. Laluan Dalam Hutan Semulajadi

Daripada gambar di atas pun korang boleh mengagak betapa tenangnya (jika korang tidak gayat) untuk memandu sambil melihat ke arah banjaran di sekeliling.

Rawang Bypass dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS) untuk mereka bentuk laluan berbengkang-bengkok.

Ini demi mengurangkan kemusnahan ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di sekeliling laluan tersebut. Itulah juga sebab mengapa ia harus dibina setinggi hampir 60 meter.

5. Penuh Dengan Spesis Pokok Unik

Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai spesis pokok unik.

Antaranya ialah pokok Merawan Kanching atau Giam Kanching yang hanya tumbuh dalam jumlah kecil di hutan negeri Selangor. And guess what, spesis itu turut tumbuh di laluan Rawang Bypass ini.

Oleh sebab itu, pembinaan ini telah dijalankan dengan penuh cermat agar spesis flora terancam seperti Giam Kanching ini dapat diselamatkan.

P.S: Jika ada pesalah yang didapati menebang pokok Giam Kanching tanpa kebenaran, mereka boleh didenda sehingga sejuta Ringgit tau!

6. Perjalanan Rawang-KL Dipendekkan

Secara purata, Rawang Bypass mampu memendekkan perjalanan pemandu dari Bandar Rawang ke Kuala Lumpur. Dari 2 jam menjadi 30 minit saja ketika waktu puncak! Ini mungkin sekali disebabkan faktor empat laluan trafiknya.

7. Bahagian ‘Tergantung’ Sepanjang 2.6km

Kebanyakan foto Rawang Bypass yang ditangkap dan dimuat naik menunjukkan jajaran laluan ‘tergantung’ atau elevated section saja. Akan tetapi, itu bukan bermaksud lebuh raya ini tergantung dari permulaan sehingga akhir laluan.

Ada juga bahagian laluan yang ‘menyentuh’ bumi di sekitar banjaran.

Apa yang menarik mengenai elevated section ini adalah panjangnya yang mencecah 2.6 kilometer.

Jika korang pernah menonton siri Megastructures di National Geographic, mesti korang tahu betapa susahnya pembinaan yang terpaksa ditempuhi arkitek dan jurutera.

8. Hasil Tangan ‘Anak Melayu’ Kita

Jangan terkejut kerana hasil pembinaan lebuh raya ini merupakan air tangan yang dibina oleh seorang anak Melayu tempatan Tuan Haji Radzali Mokhtar. Rasanya dah boleh letak nama dia dekat laluan ni.

Biar jadi kenangan hebat bagi beliau.

Setelah 12 tahun akhirnya laluan ini dibuka juga kepada orang ramai. Mesti ramai yang tidak sabar untuk mencuba laluan ni kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...