Rawang Bypass Jambatan Tertinggi Di Malaysia Dibuka

Trending

Rawang Bypass Jambatan Tertinggi Di Malaysia Dibuka

Rawang Bypass merupakan project yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) ini bertujuan untuk memajukan jaringan jalan raya ke bandaraya Kuala Lumpur tanpa melalui bandar Rawang dan mampu mengurangkan tempoh perjalanan selama dua jam sebelum ini kepada hanya 30 minit.

Advertisement

Laluan sepanjang 23 kilometer menyelusuri kawasan Hutan Simpan Kanching yang kaya dengan flora dan fauna. Ia menelan belanja sebanyak RM630 juta itu melibatkan projek menaiktaraf struktur jalan raya, selain bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Rawang.

Jambtan ini memiliki jejambat berbengkang-bengkok yang dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS). MSS yang pertama digunakan dalam pembinaan lebuhraya di negara ini juga berfungsi untuk mengurangkan kemusnahan hutan akibat kerja pembinaan yang menghalang laluan haiwan liar.

Pembinaan jalan ekspres ini yang dikatakan paling kompleks memiliki struktur jajaran dengan ketinggian 58.2 meter dari aras bumi sekaligus menjadikan ia jambatan tertinggi di Malaysia dan menelan belanja sebanyak RM630 juta melibatkan projek menaiktaraf struktur jalan raya.

Laluan alternative ini akan dibuka kepada umun pada 29 November (Rabu) dan mampu membantu pengguna mengurangkan tempoh perjalanan dari Rawang Selatan ke Serendah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...