Bukan je untuk perempuan, rambut juga merupakan aset penting untuk lelaki. Bayangkan dah bersiap kemas dengan pakaian paling tip-top, tapi sekali rambut makin nipis, hampir botak! Terus rasa kurang yakin diri.
Nak selesaikan masalah rambut gugur mestilah kena tahu puncanya dulu. Inilah 6 punca keguguran rambut di kalangan lelaki.
Keturunan
Secara norma golongan lelaki mula mengalami masalah keguguran rambut apabila mencecah umur 60-an. Namun, proses keguguran rambut boleh berlaku kepada lelaki seawal 20-an disebabkan faktor genetik atau keturunan.
Kebanyakannya disebabkan oleh pola kebotakan lelaki. Punca rambut gugur ini berlaku disebabkan oleh gabungan genetik dan hormon lelaki.
Tekanan
Tekanan seharian, kekurangan tidur juga merupakan antara faktor penyebab masalah rambut gugur.Pembedahan melibatkan trauma fizikal, kemalangan atau penyakit yang kritikal boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara yang dipanggil telogen effluvium.
Jangkitan
Masalah kurap pada kulit kepala boleh menyebabkan tompok bersisik dan sekaligus menyebabkan tompokan botak. Rambut biasanya akan tumbuh semula selepas rawatan.
Masalah kesihatan
Keguguran rambut sementara boleh menjadi tanda masalah perubatan seperti anemia atau masalah tiroid. Diet rendah protein dan zat besi juga boleh menyebabkan rambut menipis.
Kesan sampingan ubat
Mungkin ramai tak tahu, rambut juga boleh gugur disebabkan daripada kesan sampingan ubatan tertentu untuk masalah seperti: Kanser, sakit sendi, kemurungan, gout, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
Ikat atau cara rawatan yang salah
Untuk jejaka dengan rambut panjang kena take note yang ni. Mengikat atau menocang rambut dengan terlalu kemas boleh mengakibatkan keguguran rambut sementara yang dipanggil alopecia cengkaman. Selain itu, rawatan minyak panas dan perm turut boleh merosakkan folikel rambut.
Untuk menangani masalah rambut gugur ni, pertama sekali korang tak boleh putus asa. Rawatan sebelum ni tak berkesan? Kena cari dan usahakan sampai jumpa! Sanggup ke nak hilang confident sebab rambut makin nipis?
Memperkenalkan 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Treatment Essence
Kami nak kongsikan satu rawatan rambut gugur 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Treatment Essence. Essence ini berkesan sehingga 45% mengurangkan rambut gugur dalam 4 bulan!
Mungkin sebelum ni korang dah cuba produk anti rambut gugur yang kurang sesuai. Tapi essence rambut ni diformulasi khas untuk kulit kepala lelaki Asia.
Essence ini mengandungi 50 herba berkhasiat untuk membantu melawan rambut gugur antaranya ginseng, akar halia, kafein, ekstrak Swertia Japonica, ekstrak daun rosemary, ekstrak royal jelly dan banyak lagi herba terpilih lain.
4 manfaat 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Treatment Essence
Essence ini bertindak dengan 4 cara apabila digunakan secara konsisten iaitu:
Mengurangkan rambut gugur dengan khasiat dari ginseng, akar halia dan ekstrak herba lain.
Menguatkan rambut dan akar untuk mengelakkan folikel rambut dari tersumbat dengan minyak berlebihan yang menyebabkan rambut mula menipis serta gugur sedikit demi sedikit.
Essence ini juga meresap jauh ke dalam akar rambut untuk memperbaiki kulit kepada dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Dengan formulasi bahan herba terbaik ini, rambut dirangsang untuk tumbuh lebih kuat dan sihat. Lapisan pelindung kulit kepala dan akar rambut makin kuat untuk rambut lebih tebal.
Siapa yang boleh guna produk ni? Mereka yang mengalami masalah rambut gugur, rambut mula menipis atau lemah amatlah sesuai untuk mencuba produk ini. Essence ini boleh digunakan sebagai langkah pencegahan daripada masalah rambut gugur walaupun anda mungkin tidak mengalami masalah rambut gugur pada jangka masa ini.
Tekstur essence ni pun sangat ringan dan tak berminyak Nak pakai gel atau wax lepas guna pun tak menjadi masalah.
Disarankan untuk menggunakan 2 kali sehari, pagi dan malam selama 4 bulan untuk mendapatkan hasil diingini. Korang wajib cuba.
Takkan nak tunggu botak baru menyesal? Jom follow 50 Megumi di Facebook dan Instagram untuk tips dan promo terkini. Lawati website 50 Megumi di SINI. Dapatkan 50 Megumi Men Anti-Hair Loss Treatment Essence secara online di Guardian.