Bila kita sakit ni, semestinya kita akan cari ubat yang dapat membantu untuk meredakan kesakitan dialami atau dapatkan nasihat daripada doktor, betul tak?
Kebiasaannya, kalau sakit yang dialami tu memerlukan kita untuk berehat, doktor akan memberikan surat cuti sakit (MC) untuk membantu kita dalam proses pemulihan.
Namun, apa yang menjadi isu sekarang ni adalah sesetengah masyarakat akan menipu doktor bagi dapatkan MC tersebut untuk bercuti daripada kerja.
Ini apa yang diketengahkan oleh seorang pengguna Twitter yang merupakan seorang doktor.
Menerusi tweet itu, dia menyatakan kekecewaannya terhadap sesetengah masyarakat yang menipu kepada doktor untuk mendapatkan surat cuti sakit sedangkan dia yang perlu merawat pesakit hanya cuti bila perlu saja.
Keluhannya ini semestinya mendapat respon yang negatif daripada netizen di Twitter yang mana rata-rata antara mereka marah kerana sikapnya yang tidak memahami segelintir pihak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.