5 Selebriti Malaysia Ini Pilih Untuk Berhijrah Ke Agama Islam

Hiburan

5 Selebriti Malaysia Ini Pilih Untuk Berhijrah Ke Agama Islam

Kita sebagai umat Islam pasti gembira apabila dapat mendengar khabar berita agama luar ingin memeluk agama Islam dan berhijrah. Kalau korang nak tahu, ramai sebenarnya selebriti di Malaysia ini sudah memeluk agama Islam.

Disebabkan terlalu gembira, kami akan kongsikan kepada pembaca 5 selebriti Malaysia yang mungkin korang tidak perasan sudah pun memeluk agama Islam.

Advertisement

1. Chew Kin Wah

Selebriti masuk Islam

Chen Kin Wah merupakan seorang pelakon yang berbangsa Cina dan dikenali dengan watak antagonis yang sering dipegang olehnya. Beliau dikatakan memeluk agama Islam sejak 9 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2013.

Nama islamnya adalah Anuar Chew ataupun Anuar Abdullah.

2. Tiara Jacquelina

 

Selebriti masuk Islam

Rasanya semua sudah mengenali Tiara Jacquelina, lagi-lagi semasa beliau berlakon dalam filem popular Puteri Gunung Ledang. Beliau telah memeluk Islam sebelum berkahwin dengan pengacara, Allahyarham Hani Mohsin pada tahun 1993.

3. Genervie Kam

Selebriti masuk Islam

Genervie Kam merupakan pemuzik yang berjaya di dalam Malaysia dan untuk pengetahuan, dia juga merupakan isteri kepada penyanyi hebat, Hazama. Genervie telah memeluk Islam pada tahun 2016 tanpa pengetahuan penyanyi terbabit.

Selepas memeluk agama Islam, barulah Genervie memberitahu Hazama dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama.

4. Louisa Chong

Selebriti masuk Islam

Louisa Chong atau nama Islamnya adalah Alissa Chong Abdullah merupakan seorang pelakon yang dikenali ramai. Difahamkan, beliau mula memeluk Islam sejak tahun 1992 dan mengahwini suaminya, Hamid Samad pada tahun yang sama.

5. Marsha Milan Londoh

Selebriti masuk Islam

 

Sebut saja nama ini, pasti ramai sudah mengenali dia dengan nyanyiannya yang hebat. Marsha sendiri telah mengaku bahawa dia memeluk Islam sekitar bulan Disember 2015 dan kekal menggunakan nama sebenarnya.

6 years ago

5 Selebriti Yang Masih Tidak Berpunya & Apa Yang Anda Boleh Pelajari Daripada Mereka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...