Dalam diam, sudah hampir 20 minggu Abang Nara menggunakan Invisalign. “Eh, eh, eh. Apa benda tue Invisalign Abang Nara? Tiba-tiba je. Bagi la intro sikit.â€. Mesti ramai yang blur kan? Jangan risau. Abang Nara dah pernah kongsikan pasal Invisalign satu ketika dahulu. Korang boleh baca balik kesemuanya tentang Invisalign di artikel ini.
Tempoh masa 20 minggu atau 5 bulan menggunakan Invisalign, Abang Nara memahami mengapa populariti pendakap gigi lutsinar ini semakin meningkat. Di sini Abang Nara kongsikan 5 perkara yang Abang Nara dah pelajari sepanjang tempoh ini:-
1.Invisalign ini amatlah selesa
Berbanding pendakap gigi yang lain, Invisalign amatlah selesa buat penggunanya. Senang cerita, Invisalign ini umpama kita pakai gigi palsu di atas gigi asal kita. Gigi palsu ini akan menolak gigi kita untuk menjadikan ia bentuk gigi ‘perfect’ atau yang diidamkan. Seperti gigi palsu, Invisalign boleh dibuka dan dipakai sesuka hati. Namun untuk keberkesanan, kenalah pakai selama 22 jam. Buka time makan dan time nak gosok gigi je.
2.Setiap 2 minggu, Invisalign akan ditukar
Ini perkara yang paling Abang Nara tukar. Setiap 2 minggu, Invisalign yang dikenakan pada gigi kita akan ditukar. Jadi tak perlulah risau sangat gigi nampak kuning, kotoran yang melekat pada Invisalign atau apa-apa lagi yang kononnya merosakkan senyuman anda. Gunakan sepuas hati selama 2 minggu, bila dah Invisalign jadi kuning kerana kesan makanan, anda sudah pun bertukar kepada Invisalign yang baru. Maka kembalilah putih dan jernih.
3.Doktor yang pakar, bertauliah dan berwibawa
Kebelakangan ini seperti yang kita ketahui, memang ada ‘pakar-pakar’ braces yang menjual alat pendakap gigi palsu sehingga menyebabkan kematian. Invisalign ini tak perlu risau. Sebelum nak jadi doktor gigi yang boleh beri khidmat Invisalign, kena pergi kursus dan sebagainya. Abang Nara ambil dengan doktor Aaron di Damansara Utama. Daripada A to Z semuanya diterangkan. Tak ada nak sorok-sorok. Kita pun faham apa yang diterangkan sebab penjelasan diberikan dalam bahasa yang amat mudah.
4.Tak jejaskan pemandangan gigi asal kita
Kalau pakai braces, akan ada besi yang bagi sesetengah orang menjejaskan senyuman yang ada pada dirinya. Lepas itu makanan pun senang melekat pada braces. Dengan Invisalign, masalah itu semua tak akan ada. Malah berdasarkan pengalaman Abang Nara, orang tak perasan pun kita pakai Invisalign. Warnanya yang lutsinar membuatkan nampak macam tiada apa-apa di gigi kita. Sempoi kan?
5.Harga yang berpatutan
Ada yang cakap Invisalign ini mahal sangat, hanya untuk orang kaya dan tak mampulah nak bayar puluh-puluh ribu. Itu semua hanyalah tanggapan semata-mata. Untuk makluman, setiap gigi manusia berbeza, jadi nasihat dan jangkamasa yang bakal digunakan untuk Invisalign juga berbeza. Ada yang kena pakai setakat 6 bulan sahaja, ada yang setahun dan sudah pasti harga pun berbeza. Semuanya bergantung pada keadaan gigi anda. Yang penting, first step ialah pergi berjumpa dengan doktor gigi yang menyediakan khidmat Invisalign untuk mengetahui pendapat mereka.
Teruja tak nak cuba Invisalign? Abang Nara memang seorang pelanggan yang amat berpuas hati. Habis semua kawan-kawan Abang Nara suruh buat Invisalign juga. Hehehe. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari sea.invisalign.com. Semua informasi seperti klinik dan doktor ada di dalam laman web tersebut. Selamat mencuba!!!