Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Senyum Lebih Menawan Dengan Invisalign

Hari itu duduk borak-borak dengan isteri tercinta, tiba-tiba Abang Nara terfikir nak tanya sebab apa dia jatuh cinta dengan diri ini. Korek punya korek, katanya Abang Nara ada ‘killer smile’. Amboi!!!! Bila senyum nampak taring maka makin manis katanya. Hensem tue tak lah sangat. Hehe.

invasalign

manis tahap Cristiano Ronaldo masa nie

Namun secara jujurnya, Abang Nara tak berapa gemar dengan gigi taring tersebut. Memang nampak ke hadapan sangat. Dulu teringin nak pakai braces, tapi terfikir kena ada dawai dalam mulut selama beberap tahun, terus hasrat itu dibatalkan. Lagipun braces tak boleh bukak ketika nak makan. Jadi rasa tak seronok pulak kalau sisa makanan terselit.

Advertisement
invasalign

nak pasang braces pun sakit katanya

Jadi pada suatu hari apabila Abang Nara ditawarkan untuk buat Invisalign (macam braces tetapi lebih selesa dan moden), terus diri ini teruja. Namun untuk mengetahui sama ada gigi Abang Nara sesuai ke tak, kenalah pergi check dulu. So Abang Nara pergi ke Klinik Pergigian Damansara.

invasalign

posing sikit dengan kotak Invisalign yang bakal diterima nanti

Doktor yang bertanggungjawab menerangkan segala proses Invisalign kepada Abang Nara bernama doktor Aaron. Orangnya sangat peramah. Penerangannya sangat jelas. Muka pun hensem. Paling penting gigi cun melecun.

invasalign

Langkah pertama untuk membuat Invisalign ialah membuat x ray gigi kita. Kenalah tengok sesuai ke tidak. Proses ini mengambil masa 15 minit je. Hanya perlu berdiri tegak. Ini semua dilakukan selepas mendengar penerangan tentang Invasalign. Teruja juga Abang Nara kerana Invisalign ini hanya perlu dipakai paling lama setahun sehingga setahun 6 bulan berdasarkan gigi masing-masing.

invasalign

hasil x ray dapatlah buat gigi ini

Selesai buat x ray gigi, doctor memanggil Abang Nara masuk ke biliknya untuk ‘makan aiskrim’. Comel kan terma ini? Sebenarnya Abang Nara kena gigit macam ubat gigi untuk doctor dapatkan lakaran gigi yang betul. Yang ini pun kejap je. Dalam lebih kurang setengah jam dah boleh settle dah.

Advertisement
invasalign

doctor bubuh aiskrim

Settle menggigit, Abang Nara buat appointment after 2 minggu untuk berjumpa dengan doktor Aaron Perjumpaan kali ini untuk melihat sendiri lukisan 3D yang dicipta oleh pengeluar system Invisalign untuk Invisalign set yang akan dipakai oleh Abang Nara. Menarik sungguh lukisan tersebut. Ia lengkap dengan pergerakan untuk menunjukkan perubahan yang akan dialami. Abang Nara punya kondisi gigi agak teruk jadi kena pakai selama 1 tahun 6 bulan.

invasalign

doktor gigih bagi penerangan

Selepas berpuas hati dengan penerangan yang diberi, Abang Nara pun cakaplah kepada doctor yang boleh go on dengan Invisalign ini. Jadi apabila Abang Nara pun dah bersetuju, doktor pun okay. Kenalah tunggu beberapa minggu sebab Invisalign ni perlu dikeluarkan khas bagi Abang Nara. Buat masa ini, Abang Nara belum dapat lagi Invisalign ini. Jadi tak dapat nak tunjuk bendanya. Nanti dah dapat Abang Nara akan kongsikan pengalaman menggunakan Invisalign.

invisalign

macam inilah Invisalign tue nanti

Kalau kalian juga mengalami masalah yang sama seperti Abang Nara, bolehlah pembaca-pembaca sekalian layari laman web Invisalign untuk mendapati maklumat yang lebih lanjut. Apa yang lebih seronok lagi adalah Nuffnang Malaysia kini sedang menjalankan kontest blog bersama Invisalign – seramai 3 orang pemenang akan berpeluang memenangi treatment Invisalign ini secara percuma! Layarilah laman web rasmi Nuffnang Malaysia untuk maklumat yang teliti. Selamat mencuba semua!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama