5 Adik Beradik Selebriti Malaysia Yang Perlu Anda Kenali!

Hiburan

5 Adik Beradik Selebriti Malaysia Yang Perlu Anda Kenali!

Kini, industri tempatan semakin banyak diwarnai dengan kemunculan pendatang baru sekali gus memeriahkan lagi industri seni tanah air, baik pelakon, penyanyi dan pengacara.

4 years lalu

5 Selebriti Yang Masih Tidak Berpunya & Apa Yang Anda Boleh Pelajari Daripada Mereka

Advertisement

Bahkan, ada juga diantara mereka merupakan adik-beradik! Mereka mengecapi populariti yang dimiliki sekarang ini atas usaha sendiri. Jom lihat selebriti Malaysia manakah yang mempunyai adik, kakak atau abang dalam satu industri yang sama!

1. Kuza, Kuna dan Kunie

Kuna, Kunie, Kuza

 

Advertisement

Tengku Sariwani Tengku Muzani atau lebih dikenali sebagai Kunie, mungkin tidak cukup terkenal seperti dua kakaknya pelakon Kuza dan Kuna. Namun kehadirannya mewarnai industri seni tanah air. Lebih 24 tahun berada dalam dunia lakonan, pelakon yang juga merupakan kerabat diraja Kelantan ini pernah membintangi filem Lang Buana dan drama Projek Memikat Suami, Cik Mek Molek serta Sesuci Kelopak Mawar.

2. Uqasha Senrosa, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose

Uqasha, Nelydia, Raisya

 

Walaupun Raysha merupakan adik tiri kepada Uqasha dan Nelydia Senrose, namun hubungan silaturrahim mereka jelas terpancar menunjukkan bertapa akrabnya mereka bertiga.

3. Elfira Loy, Ezlisha Loy dan Ezzrin Loy

Elfira Loy dan adik beradik

 

Advertisement

Adik-beradik ini ternyata kian terkenal di industri tempatan. Elfira Loy yang mempunyai bakat dalam bidang lakonan turut diikuti adiknya yang lain iaitu Ahmad Ezzrin Loy dan Ezlisa Loy. Mereka memulakan karier sebagai seorang pelakon ketika di bangku sekolah lagi.

4. Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha

Sharifah Amani dan adik beradik

 

Mereka merupakan anak kepada Fatimah Abu Bakar yang juga dikenali sebagai guru seni lakonan kepada barisan pelakon hebat Malaysia. Adik-beradik ini memang hebat kalau berlakon. Semua filem yang dibintangi oleh mereka mesti menjadi kesukaan ramai.

5. Fasha Sandha dan Elisya Sandha

Fasha Sandha dan Elisya Sandha

 

Pada mulanya hanya Fasha Sandha sahaja yang sering kita lihat di kaca TV, namun sekarang ini kita dapat lihat adiknya, Elisya Sandha juga yang kini menempa nama di persada tempatan menerusi lakonan dia yang mantap.

Wow.. hebatnya masing-masing berdarah seni dan berbakat!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    September 11, 2021 at 9:40 am

    paling cantik glamer & classy of coz the nasir’s sister…yg lain tuuu mmmm maap la yer kurengggsss

  2. Wannabebytch

    September 11, 2021 at 1:55 am

    Huh sibuk yang terkinja kinja perasaan muda wanna be kunun nya sharifah geli ler

Leave a Reply to Wannabebytch Cancel reply

Loading...