49 Tahun Berada Di Malaysia, KFC Kembalikan Semula Perasaan Cinta Rakyat Melalui Saat-Saat Manis Bersama KFC

Branded

49 Tahun Berada Di Malaysia, KFC Kembalikan Semula Perasaan Cinta Rakyat Melalui Saat-Saat Manis Bersama KFC

Bukan sekadar ayam goreng, KFC sentiasa dekat di hati kita semua. Mana tidaknya, tiap kali sambutan hari jadi, ulang tahun, perayaan dan juga peristiwa harian biasa, KFC mesti jadi pilihan serta banyak memori dekat KFC.

Kita semua membesar menggemari ayam sedap hingga menjilat yang terkenal di dunia dan tidak pernah berhenti menyukainya. Ini bukanlah perkara luar biasa memandangkan KFC sudah berada di Malaysia selama 49 tahun. Tidak mengira muda atau tua, dari seluruh komuniti dan apa jua status, perkongsian cinta kita terhadap KFC mengeratkan hubungan silaturrahim dan membantu mencipta saat-saat manis bersama.

KFC unik dengan sejarah kaya. Bagi mereka yang tidak mengetahuinya, jenama global terkemuka ini bermula dengan seorang lelaki yang mempunyai semangat tinggi. Kolonel Harland Sanders mula menjual ayam goreng di restoran tepi jalan di Kentucky semasa Zaman Meleset (Great Depression).

Resipi rahsia ini telah dicipta lebih daripada 75 tahun yang lalu menggunakan kaedah adunan tepung menggunakan tangan yang dipatenkan dan memasak ayam menggunakan periuk tekanan. Resipi rahsia ini mengandungi 11 herba dan rempah yang masih misteri sehingga kini. Disebabkan inilah ayam goreng Original Recipe dan Hot & Spicy popular sememangnya signature yang hanya boleh didapati di KFC yang disediakan segar di restoran dengan penuh ketekunan dan kawalan kualiti ketat.

KFC kenangan manis

KFC berbesar hati menjadi sebahagian daripada fabrik sosial Malaysia selama hampir lima dekad dengan lebih 740 restoran di seluruh negara menghidangkan juadah KFC kepada rakyat Malaysia setiap hari. Sepanjang beroperasi, KFC Malaysia sebagai sebuah jenama telah mencapai pelbagai kejayaan dan sebaliknya lebih-lebih lagi dua tahun ini yang cukup mencabar disebabkan oleh pandemik yang tidak dijangka dan susulan kesan buruk ekonominya.

Namun, KFC kekal memegang kukuh komitmen yang sama iaitu berterusan mencipta juadah menyelerakan dan pengalaman bermakna untuk semua, tanpa kompromi terhadap nilai dan kualiti supaya setiap lawatan anda tidak mengecewakan. Melalui siri prosedur keselamatan makanan yang ketat, KFC membawakan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Pelanggan kami berhak untuk mendapat ayam goreng yang berkualiti tinggi sahaja untuk pengalaman sedap hingga menjilat jari yang lengkap. Oleh itu, bermula hari ini, KFC telah melancarkan polisi “Rasa Berkualiti Terjamin”. Polisi ini membenarkan pelanggan menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dan tidak berkualiti. Pelanggan cuma perlu imbas kod QR unik yang disediakan di restoran, isi dan ‘submit’ borang penukaran, dan tunjuk halaman ‘thank you’ di kaunter untuk mendapatkan gantian.

Memberi anda lebih sebab untuk mencetuskan kembali rasa cinta terhadap KFC dan mengimbau semula saat berkumpul bersama rakan dan keluarga di restoran KFC untuk menjamu juadah sedap dan mengenyangkan, KFC secara rasminya melancarkan Jimat Siang, promosi baharu untuk waktu terhad, bermula hari ini.

Jimat Siang menawarkan kombo makan tengah hari berbaloi, dengan harga diskaun eksklusif dari Isnin hingga Khamis, 12 tengah hari – 2 petang dari harga serendah RM7.99. Ianya mengandungi menu sajian utama dan sampingan ikonik KFC dan boleh terdapat 6 variasi kombo untuk dipilih:

(1) Kombo Snack Plate pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49),
(2) Kombo Dinner Plate pada RM16.99 (harga biasa: RM19.60),
(3) Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99 (harga biasa: RM10.49),
(4) Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
(5) Kombo Zinger Klasik, pada RM10.99 (harga biasa: RM13.99 dan
(6) Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99 (harga biasa: RM9.49)

Jimat Siang boleh didapati pada hari Isnin sehingga Khamis, 12 tengah hari – 2 petang melalui khidmat Makan-di-restoran, Bawa Pulang, dan Pandu Lalu di *kebanyakan restoran KFC seluruh negara.

Promo KFC (BN)
3 years ago

Tawaran TERHAD! KFC Kembali Dengan Promosi Nuget Ayam. 15 Ketul RM10 Je, Biar Betul?!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...