“4 Tahun Lepas Kita Peluk Rai Kemenangan, Harini Aku Menangis Berpelukan Dengan Anakmu Abang..” – Ali Puteh

Trending

“4 Tahun Lepas Kita Peluk Rai Kemenangan, Harini Aku Menangis Berpelukan Dengan Anakmu Abang..” – Ali Puteh

Menerusi akaun media sosial, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa bersyukur apabila dapat berjumpa dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah buat pertama kali selepas empat tahun.

hidayah ali puteh
3 months ago

"Jangan Putuskan Hubungan Hamzah Dengan Keluarga Ayahnya" - Netizen Anggap Hidayah 'Too Much', Harap Buang Ego

Advertisement

 

Harap legasi Syed Sharifah tak terputus

Berdasarkan perkongsian di TikTok, Ali yang tidak dapat menahan sebak dilihat memeluk anak arwah abangnya, Abam yang ketika itu diliihat terpinga-pinga.

Tambah Ali, dia juga syukur semua urusan bersama Hidayah kini sudah selesai dan berharap legasi Syed dan Sharifah keluarga itu tak akan terputus.

ali puteh

 

Aku nangis peluk anakmu, abang….

Menerusi hantaran yang berbeza, Ali turut meluahkan rasa sedih dan berkongsi video lamanya bersama arwah abang di mana ia merupakan kali terakhir mereka berpelukan.

Empat tahun lepas kite berpelukan meraikan kemenangan.. Dan harini ini aku menangis berpelukan dengan anakmu wahai abang..

@aliputeh89Allah maha mengetahui segala galanya perasaan ini.. Tiada apa yg mampu sy ucapkan hanya bersujud syukur dengan segala ujian ini.. membesar dengan baik wahai syed uthman hamzah.. 4tahun lepas kite berpelukan meraikan kemenangan.. Dan harini ini aku menangis berpelukan dengan anakmu wahai abang.. Segala galanya sudah tertulis dari allah.. Insyaallah hubungan silaturahim anak anak kita tidak sesekali akan terputus.. Insyaallah♬ original sound – aliputeh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...