4 Tahun Berumah Tangga, Hazama Dan Isteri Tidak Bercadang Nak Ambil Anak Angkat

Hiburan

4 Tahun Berumah Tangga, Hazama Dan Isteri Tidak Bercadang Nak Ambil Anak Angkat

Penyanyi popular, Hazama berkata dia dan isteri, Genervie Kam tidak mempertimbangkan untuk mengambil anak angkat meskipun sudah hampir empat tahun membina mahligai rumah tangga bersama tanpa kehadiran cahaya mata.

Hazama
3 years ago

Terkesan Dengan PKP, Penyanyi Hazama Kini Rancak Jual Laksa Di Media Sosial

Advertisement

Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi menyifatkan bahawa tiada keperluan untuk mengambil anak angkat kerana kehidupan dia dan isteri meriah dengan kehadiran empat orang anak saudara.

Dia dalam pada itu menganggap pertanyaan mengenai anak itu adalah merupakan satu doa daripada orang ramai.

Bercakap soal anak angkat, buat masa ini saya tidak terfikir lagi kerana empat anak saudara saya tinggal bersama. Anak-anak abang saya tinggal bersama saya sejak mereka kecil lagi.

Sekarang yang paling besar sudah berusia lapan tahun. Kebanyakan masa memang diluangkan dengan mereka. Saya rasa hidup sudah lengkap biarpun belum dikurniakan anak sendiri lagi.

Tambahnya lagi, dia dan Genervie tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan zuriat dan percaya perkara itu terletak pada kuasa Allah S.W.T selain belum ada rezeki buat mereka.

“Mungkin akan tiba juga masa yang betul-betul tepat dan sesuai, baru Allah hadiahkan kami zuriat..” ujarnya lagi.

Terdahulu, Hazama dan Genervie Kam yang juga pengarah muzik telah mendirikan rumah tangga pada bulan Januari 2017 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...