Terkesan Dengan PKP, Penyanyi Hazama Kini Rancak Jual Laksa Di Media Sosial

Hiburan

Terkesan Dengan PKP, Penyanyi Hazama Kini Rancak Jual Laksa Di Media Sosial

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat namun juga kepada penggiat industri hiburan tempatan.

Bagi pelakon dan juga penyanyi, Hazama, Sekatan Pergerakan Penuh ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada karier seninya kerana kekangan untuk membuat persembahan dan sebagainya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by HAZAMA (@hazamamuzik)

Enggan mendiamkan diri, Hazama memberitahu bahawa dia juga mempersiapkan diri dengan mencari alternatif lain bagi menjana sumber pendapatannya dari hari ke hari.

Kini, difahamkan Hazama sedang rancak mengusahakan perniagaan berasaskan makanan iaitu laksa di pelbagai media sosial dan platform perniagaan.

View this post on Instagram

A post shared by HAZAMA (@hazamamuzik)

Dia yang turut menceburkan diri ke dalam bidang lakonan sebelum ini berkata, perniagaan laksanya itu juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat.

Tambahnya lagi, perniagaan laksa yang diusahakannya itu turut mula dijual di platform e-dagang yang terdapat di Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by HAZAMA (@hazamamuzik)

“Sekarang pun ia dah mula berkembang dan mula dijual di platform e-dagang seperti Shopee. Jadi, dapat saya jual laksa saya bukan sahaja dalam daerah berdekatan, tetapi kepada pelanggan yang tinggal lebih jauh.”

Hazama dalam pada itu turut memaklumkan bahawa masa yang ada ketika Sekatan Pergerakan Penuh ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk mendalami ilmu perniagaan dan mempelajari cara-cara menambah baik kualiti produk keluarannya itu.

Manakala bagi perkembangan karier yang terkini, Hazama akan bergandingan dengan penyanyi Awie bergelar sebagai ‘wakil netizen’ atau dalam kata lain sebagai juri dalam program Sumbang Suara yang telah ditayangkan pada Ahad lalu menerusi saluran TV3.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...