4 years ago
"Selama Ini Aku Diam Demi Jaga Aib Suami" - Isteri Dedah Shuk Sahar Curang Lagi?
Menerusi posting terbaru di Instagram, Sera tampil mempertahankan diri dan menegaskan video yang viral di Tiktok itu sudah lama dirakam. Dia menjelaskan, video tersebut dimuat naik pada 14 Disember 2020 dan tiada kaitan dengan sindir menyindir.
Assalamualaikum. Sera nak betulkan semula. Ada yang kata sera perli netizen pasal buat video ni. Sedangkan video ni 14 december 2020. Kenapa xda yg nak betulkan bila sera cakap video ni fitnah. Memang nak pickup cerita yg fitnah ja. Kebenaran korang xnak pickup pula takut kena balik pula sebab share info x betul.
Saya pun tau risiko apa akan jadi sebelum buat sesuatu. 4 tahun ak jaga aib. Bila jaga aib makin kena provoke mcm2. Ak diam sbb bila ak bsuara dulu orang cakap buka aib. Bila ak diam PELAKOR BERTEPUK TANGAN PADAN MUKA SEBAB X BERANI BERSUARA. Dan smp mati la isteri dalam dunia takut bersuara. Kalau kes isteri curang, cekin dengan lelaki lain d luar sana, ak rasa lelaki pun x boleh nak TAHAN la ada perempuan sanggup buat mcm tu. TOLONG kesian dulu nasib para isteri yg duduk rumah, jaga anak2, cari duit sendiri menjual sana sini!!! Kalau diam sampai mati pun makan hati la oii. Bahagia ka mcm tu. PELAKOR TEPUK TANGAN!!!!!!
Katanya tadi, dia sedar akan risiko yang dihadapinya apabila mendedahkan kebenaran mengenai rumahtangga. Sebelum ini, empat tahun dia hanya berdiam diri demi menjaga aib. Malah, ada yang membuat provokasi apabila dia memilih untuk menutup mulut.
Jelas Sera lagi, jika benar dia bertahan kerana duit suami sudah tentulah dia goyang kaki sahaja di rumah. Jika benar dia mata duitan, dia sendiri tidak akan mengusahakan perniagaan secara online. Malah, dia pernah menghulurkan bantuan ketika suami dilanda kesusahan.