4 Lelaki Mengaku Tak Bersalah Kes Pukul Bomoh

Trending

4 Lelaki Mengaku Tak Bersalah Kes Pukul Bomoh

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang bomoh membuat laporan polis mendakwa telah dicederakan empat individu di sebuah inap desa di Kampung Huda Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam laporan media sebelum ini berkata, kes berpunca daripada perselisihan faham di antara tertuduh dengan mangsa berkenaan urusan rawatan tradisional.

Advertisement

3 years ago

Pengamal Perubatan Dituduh Cabul Remaja 15 Tahun

Terbaru, Harian Metro melaporkan keempat-empat tertuduh yang juga merupakan pengamal perubatan tradisonal mengaku tidak bersalah di atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang lelaki 5 Ogos lalu.

mahkamah kota bharu

Sekadar gambar hiasan

Tertuduh iaitu Mohd Shamsul Izwan Midin, Idrees Ishak, Muhammad Firdaus Mohd Adnan dan Mohd Eric Mohd Ramli membuat pengakuan tidak bersalah itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah hari ini menetapkan sebutan semula kes pada 4 Oktober depan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 seorang dengan seorang penjamin.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...