“38 Helai Seluar Dalam Suami Saya Telah Digunting Lelaki Berjubah” – Isteri Tekanan Diganggu Individu Misteri

Viral

“38 Helai Seluar Dalam Suami Saya Telah Digunting Lelaki Berjubah” – Isteri Tekanan Diganggu Individu Misteri

Seorang wanita meluahkan tekanan emosi yang dialaminya selepas mendakwa sebanyak 38 helai seluar dalam milik suaminya digunting oleh seorang lelaki dalam kejadian yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Perkongsian tersebut yang dimuat naik di Threads menarik perhatian ramai apabila wanita itu turut mendakwa pakaian lain termasuk seluar uniform kerja suaminya turut menjadi sasaran.

Advertisement

lelaki potong

Menurutnya, individu terbabit dipercayai bertindak berulang kali dengan memasuki rumah mereka secara senyap menggunakan kunci yang didakwa dicuri ketika mereka menunaikan umrah pada tahun 2023.

“Sebanyak 38 helai seluar dalam suami saya telah digunting. Kami mula curiga apabila pakaian sering rosak tanpa sebab sebelum memasang televisyen litar tertutup (CCTV),” katanya.

Dakwanya lagi, rakaman CCTV berjaya merakam kelibat seorang lelaki berjubah dan berkopiah yang dipercayai memasuki rumah mereka beberapa kali, termasuk ketika bulan Ramadan tahun lalu.

“Ketika kejadian terakhir, dia didakwa menggunting seluar uniform suami saya selepas tiada lagi pakaian dalam yang tinggal untuk dirosakkan,” katanya.

Wanita itu turut mendakwa suspek mengambil kesempatan ketika dia pulang ke kampung bersama anak-anak, manakala suaminya bekerja syif malam. Cerita penuh di SINI.

Lebih mengecewakan, menurutnya, walaupun tindakan telah diambil termasuk arahan berpindah terhadap individu tersebut, suspek didakwa berpura-pura mengalami masalah kesihatan mental sebelum dibenarkan kekal bertugas di tempat sama.

lelaki berkopiah

“Masa diarahkan pindah, dia sambung cuti sakit dan tunjuk seperti tertekan. Tetapi sebaik sahaja isu reda, dia kembali aktif seperti biasa termasuk menjadi imam di surau,” katanya.

Wanita itu berkata, mereka sekeluarga memilih untuk berdiam diri sejak 2024 dan tidak menularkan kes tersebut, namun keadaan yang berlarutan telah menjejaskan kesihatan mentalnya sehingga memerlukan rawatan.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna Threads, dengan ramai menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera terhadap dakwaan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-15 13:43:19

Individu Kongsi Tayar Pancit Gara-Gara 'Tulang Misteri', Netizen Syak Tengkorak Manusia - "Nampak 'Fresh' Lagi Tu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...