Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai seorang individu mengadu sikap majikannya yang membuat satu keputusan tanpa diberitahu lebih awal kepada pekerja.
Enggan mendedahkan identiti sendiri, individu tersebut berkata dia bekerja di syarikat di miliki oleh pasangan yang cukup terkenal di Malaysia dan meminta pandangan sama ada wajar atau tidak untuk mereka memotong hanya kerana tidak capai sales target.
Menurutnya lagi, pekerja sama sekali tidak diberitahu atau membuat perjanjian soal pemotong gaji sebanyak 35 peratus jika tidak mencapai KPI pada bulan tersebut.
gile boleh ke macam ni pic.twitter.com/VceLa6Kimc
— Pedoq! At The Disco (@pedoqpop) February 20, 2023
Barangkali berasa kecewa dengan tindakan pasangan terkenal itu, individu tersebut meminta pandangan jika tindakan memotong gaji tanpa pengetahuan pekerja ini boleh di maklumkan ke pejabat buruh atau tidak.
Dalam pada masa yang sama, individu terbabit lagi pertikaikan isu pemotongan gaji ini kerana difahamkan sales penjualan produk mereka pada tahun lalu mencapai lebih dari yang dijangka.
Bukan saja dirinya, malah pekerja lain yang bekerja di syarikat itu turut terpalit dalam masalah ini dan masing-masing mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.
Bagaimanapun, hingga sekarang identiti pasangan tersebut masih belum dapat diketahui memandangkan individu tersebut tidak memberi sebarang bayangan.