“Try Hard Nak Buktikan Dia Tak Salah” – Tak Habis Habis Buka Cerita Waktu ‘Live’, Netizen Dah Mula ‘Semak’ Dengan Ex Tunang Anju

Hiburan

“Try Hard Nak Buktikan Dia Tak Salah” – Tak Habis Habis Buka Cerita Waktu ‘Live’, Netizen Dah Mula ‘Semak’ Dengan Ex Tunang Anju

Isu berbalas kenyataan di antara Zarina Anjoulie atau Anju dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey nampak gayanya seperti lambat lagi nak selesai.

Mana tidaknya, masing-masing mempunyai versi cerita sendiri tentang mengapa perhubungan mereka terputus di tengah jalan.

Advertisement

Malah, Anju dan Khazrul juga saling menuding jari dan menceritakan tentang keburukan serta menyebarkan aib masing-masing sejak hubungan mereka putus.

1 year ago

"Dia Mengamuk Bila Saya Tak Ada Dalam Bilik" - Bekas Tunang Dedah Anju Suka Datang Rumah, Siap Nak Tidur Sebelah

Boleh dikatakan hampir setiap hari Khazrul akan membuat sesi live di Tiktok dan topiknya pula tidak lain tidak bukan, tentang Anju.

Meskipun sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memulakan hidup baru dan move on daripada kisah percintaan mereka, namun dalam sesi live di akaun barunya baru-baru ini dia masih bercakap tentang pelakon itu.

Seperti biasa, dia akan menceritakan tentang keburukan dan juga punca yang menyebabkan mereka memutuskan tali pertunangan.

Bagaimanapun, sesetengah netizen dilihat seperti sudah mula muak dan menyampah apabila dia tidak habis-habis menyebut nama Anju dan isu antara mereka.

Ada netizen yang menempelak Khazrul dan berkata seharusnya apabila sudah berusia perlulah jadi lebih matang termasuklah ketika memutuskan hubungan.

Kalau berpisah, pisah sajalah baik-baik.”

Dalam pada itu, segelintir netizen juga memintanya untuk berhenti mencanang cerita dan mengaitkan Anju lagi malah ada yang turut melabelnya ‘attention seeker‘.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...