“3 Hari Di Tahanan Polis Telah Beri Sejuta Kenangan..” – Mamat Sepah Anggap Digari Bersama Isteri Satu Kenangan Indah

Hiburan

“3 Hari Di Tahanan Polis Telah Beri Sejuta Kenangan..” – Mamat Sepah Anggap Digari Bersama Isteri Satu Kenangan Indah

Sedia maklum, pelawak Mamat Sepah dan isterinya, Nor Diana Ibrahim telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa menyebarkan maklumat di aplikasi Telegram.

Terbukti tidak bersalah

Susulan itu, Mamat Sepah mengakui bahawa digari ke mahkamah bersama isterinya merupakan satu pengalaman yang terindah selepas memaklumkan kes melibatkan mereka diletakkan sebagai No Further Action (NFA) atau tindakan lanjut.

Advertisement

Dalam pada itu, pelawak itu memberitahu dia dan isteri sudah dapat semula telefon bimbit setelah hampir tiga minggu berada dalam Jabatan Forensik Bukit Aman bagi tujuan divakum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MamatNana®️ (@mamatsepah)

Digari satu pengalaman yang indah

Kata Mamat, mereka berdua memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan tiada sebarang bukti menunjukkan dia menularkan isu Pejabat Polis Shah Alam.

3 hari saya di tahanan polis telah memberi sejuta kenangan yang begitu luas dalam hidup. Saat digari bersama isteri untuk pergi ke mahkamah adalah satu kenangan terindah dalam hidup saya yang mungkin hingga akhir hayat yang saya tak akan lupakan.

Dalam pada masa yang sama, dia turut sempat mengucapkan terima kasih kepada peguamcaranya yang banyak membantu dalam kes ini hingga dirinya serta isteri terbukti tidak bersalah.

sepah
8 months ago

"Buang Yang Keruh, Rindu Sepah" - Peminat Gembira Lihat Foto Shuib & Mamat, Harap 'Bersatu' Semula Dengan Jep Sepahtu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...