“Buang Yang Keruh, Rindu Sepah” – Peminat Gembira Lihat Foto Shuib & Mamat, Harap ‘Bersatu’ Semula Dengan Jep Sepahtu

Hiburan

“Buang Yang Keruh, Rindu Sepah” – Peminat Gembira Lihat Foto Shuib & Mamat, Harap ‘Bersatu’ Semula Dengan Jep Sepahtu

Baru-baru ini, hantaran foto memaparkan pelawak, Shuib dan Mamat telah membuat peminat meluahkan rasa rindu terhadap kumpulan Sepah yang dahulunya sering menjadi penghibur buat orang ramai.

Terubat rasa rindu

Dalam hantaran tersebut, Shuib berkata sudah lama tidak berjumpa dengan rakannya itu dan merasakan Mamat langsung tidak berubah seperti sebelum ini.

Advertisement

Hantaran tersebut sememangnya meraih perhatian dan rata-rata meluahkan rasa rindu untuk melihat mereka kembali aktif bersama-sama dengan Jep Sepahtu di kaca TV.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Buang yang keruh, lupakan sengketa

Meninjau di ruangan komen, netizen kebanyakannya berharap agar Jep, Shuib dan Mamat kembali bersatu dan membuat kemunculan trio buat peminat.

komen

komen

Malah, ada juga yang menasihati Shuib agar lupakan hal-hal yang lama dan mulakan permulaan baru bersama-sama Mamat dan Jep.

Sekadar info, Shuib sebelum ini dikatakan terasa hati dengan Jep susulan satu isu yang berlaku sebelum ini hingga dia membuat keputusan untuk keluar daripada Sepahtu.

kumpulan sepah
10 months ago

Masih Dalam Fasa 'Perang Dingin', Mamat Nak Satukan Semula Jep & Shuib Di Kedai Kopi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...